Hanya 6 Pasukan Yang Layak Digelar Pasukan Liga Super – Kevin

Liga Super Malaysia (MSL) sepatutnya menjadi divisyen teratas saingan bola sepak negara yang telah mencerminkan tahap profesional sepenuhnya oleh semua pasukan bertanding,

Apabila bercakap mengenai aspek ‘profesional’ di dalam bola sepak, antara ciri-ciri yang harus dimiliki oleh sesebuah pasukan ialah memiliki struktur organisasi yang teratur, struktur pengurusan kewangan yang mantap, program pembangunan akar umbi yang jelas, dan perancangan jitu demi menentukan hala tuju pasukan pada masa hadapan.

Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam – jika setiap kriteria diambil kita untuk menentukan pasukan yang benar-benar layak bersaing di divisyen tertinggi negara, maka hanya akan ada enam pasukan sahaja yang akan benar-benar bertaraf ‘Super’.

Foto: MFL

Manakala selebihnya dilihat sebagai masih lagi gagal dalam pelbagai aspek kewangan dan juga pengurusan.

Mengulas cadangan beberapa pihak agar saingan Liga Super Malaysia mempunyai 16 pasukan, Kevin berkata ia mustahil untuk dilakukan sekarang kerana rata-rata pasukan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bercakap kepada wartawan Arena Metro, Kevin dipetik sebagai berkata:

“Saya tidak mengatakan pasukan terbabit tidak cukup bagus cuma jika mahu mencapai tahap Liga Super perlu mempunyai struktur kewangan kukuh, jalinan kuat bersama penyokong mereka, kemudahan lengkap dan mampu menjana pendapatan sendiri.

Khairul Helmi, JDT, Kedah
Perlawanan JDT vs Kedah. FOTO: JST

“Sekarang ini, hanya ada enam pasukan saja yang memenuhi kriteria terbabit dan selebihnya mempunyai masalah tertentu. Jadi bagaimana mahu mencari 16 pasukan untuk saingan Liga Super.

“Ada juga pasukan Liga Super yang dihadiri 200 hingga 300 penyokong saja sekali gus melihat hubungan bersama peminat masih lagi kurang memuaskan,” katanya, kepada wartawan Arena Metro semalam.

Menurut Kevin, sehingga kini hanya JDT, Pahang, Kedah, Selangor, Melaka United dan Perak sahaja yang dilihat sebagai pasukan yang mempunyai perancangan kukuh dan juga kemudahan optimum untuk tujuan pembangunan bola sepak.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN