Quantcast

BERITA

KLFA Sudah Angkat Bendera Putih Untuk Kekal Di Liga Super?

“Kami meminta pemain-pemain memberikan yang terbaik dalam perlawanan terakhir. Kami tidak mempunyai sebarang masalah jika tersingkir ke Liga Perdana.

“Kami telah berusaha menangani setiap masalah yang dihadapi tetapi masih gagal meraih keputusan yang positif. Kami akan menilai semula setiap kelemahan jika tersingkir dan berusaha untuk memantapkan kualiti permainan pasukan.”

Demikianlah kata-kata yang diungkap oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa ketika mengulas mengenai peluang skuad warga kota di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Bercakap kepada Stadium Astro, Nokman sebenarnya bukan mahu merendah-rendahkan keupayaan pemain-pemain. Tetapi sebaliknya hanya mahu bersikap realistik terhadap peluang yang Kuala Lumpur miliki.

Kuala Lumpur kini dipisahkan hanya dengan dengan mata berbanding Felda United dan juga PKNP FC yang turut bergelut untuk mengelak daripada penyingkiran.

Ini bermakna skuad kendalian Rosle Md Derus wajib menang perlawanan terakhir menentang Perak di Ipoh pada 21 Julai hadapan, sambil mengharapkan Felda dan PKNP FC tewas dalam semua baki perlawanan.

FOTO: MFL

Berdasarkan kiraan tersebut, Kuala Lumpur dilihat sebagai memiliki peluang paling tipis untuk terus kekal di saingan Liga Super pada musim hadapan

Sebelum ini pengendali pasukan, Rosli Md Derus berkata beliau yakin Kuala Lumpur masih mampu terus kekal di saingan Liga Super pada musim hadapan.