Shukor Adan Seru Penyokong MU Bantu Pasukan Pintas Kedah & Selangor

Malam ini Melaka United akan melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Hang Jebat untuk perlawanan Liga Super (MSL 2019) yang ke-21 membabitkan kedua-dua pasukan.

Mengikut perancangan asal, perlawanan ini sepatutnya diadakan pada 12 Julai yang lalu. Bagaimanapun setelah majoriti pemain skuad utama diserang oleh virus Influenza, perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan telah ditunda ke hari ini.

Peluang MU

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS21 LIGA SUPER 2019

#LigaSuper2019

Posted by Malaysian Football League on Saturday, July 13, 2019

Berdasarkan kedudukan terkini MSL 2019 selepas perlawanan LS21 yang lalu, Melaka United kini berpeluang memintas Kedah dan Selangor – masing-masing di kedudukan ke-3 dan ke-4 – sekiranya berjaya memperolehi tiga mata pada malam ini.

Melaka United kini berada di kedudukan ke-5 dengan 32 mata selepas 20 perlawanan – dibezakan hanya dengan dua mata – berbanding Kedah dan Selangor yang telah mengumpul 34 mata selepas 21 perlawanan.

Shukor Adan seru penyokong

Menyedari peluang Melaka United untuk memintas Kedah dan Selangor kini terbuka luas kapten pasukan, Shukor Adan menganggap perlawanan menentang PKNS FC pada malam ini sebagai perlawanan yang amat penting.

Melalui satu kenyataan di laman Facebook MUSA semalam, Shukor dipetik sebagai berkata:

“Saya melihat perlawanan ke-21 Liga Super 2019 menentang PKNS FC adalah satu pertembungan yang sangat penting bagi menentukan kedudukan pasukan kita dalam liga musim ini sebelum ia berakhir.

“Saya melihat perlawanan ke-21 Liga Super 2019 menentang PKNS FC adalah satu pertembungan yang sangat penting bagi…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Monday, July 15, 2019

“Justeru itu, saya menyeru para penyokong Skuad Hang Tuah, warga negeri Melaka marilah turun beramai-ramai ke Stadium Hang Jebat pada malam esok [ini] (Selasa, 16 Julai) memberikan sokongan padu buat pasukan untuk beraksi sebaik mungkin dan meneruskan momentum kemenangan buat pasukan kita.”

Penyokong motivasi pemain

Malah kapten pasukan berusia 39 tahun itu turut menyifatkan penyokong merupakan pemain ke-12 di dalam pasukan, dan peranan mereka amat penting untuk memberikan motivas untuk pemain yang berjuang di atas padang memburu kemenangan.

“Kehadiran anda amat ditagih untuk sentiasa berada di belakang kami sebagai ‘Pemain ke-12’ pada setiap perlawanan kerana setiap sokongan anda menjadi motivasi buat kami lebih bersemangat untuk beraksi sebaik mungkin di atas padang,” tambah beliau lagi.

“Siapalah kami para pemain tanpa anda, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan aksi terakhir Liga Super di stadium kita musim ini demi sokongan buat pasukan meraih kedudukan terbaik menjelang penghujung saingan liga.

“Saya dan rakan-rakan sepasukan menunggu kehadiran anda di sana”.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN