TMJ Beri Penjelasan Mengapa Jurulatih JDT Sering Bersilih Ganti

Setiap tindakan itu ada sebab disebaliknya, dan itulah yang cuba dijelaskan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam hal mengenai pertukaran jurulatih.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sering dilihat menukar jurulatih mereka dalam tempoh masa yang singkat dan ini menimbulkan persoalan mengapa juara unifi Liga Super 2018 itu berbuat demikian.

Persoalan ini telah pun dijawab oleh TMJ dalam satu sesi bual santai bersama para penyokong JDT baru-baru ini.

Menurut baginda, keputusan itu dibuat adalah kerana JDT sendiri sebagai sebuah pasukan mahukan jurulatih yang boleh mengikuti falsafah kelab.

Jurulatih yang menjadi pengendali pasukan JDT harus sedar yang pasukan tersebut mempunyai falsafah iaitu mahu mememangi setiap perlawanan dan juga menerapkan kesedaran taktikal (tactical awareness) dalam pasukan.

“Kami mengakui JDT sering menukar jurulaith sejak dari era Fandi Ahmad lagi.”

“Akan tetapi, polisi dan falsafah kelab masih lagi sama. Pasukan perlu menang semua perlawanan dan juga mengikut Jepun dan China yang mempunyai kesedaran taktikal.”

Mario Gomez
Mario Gomez antara jurulatih yang pernah mengendalikan JDT.

Satu lagi perkara yang mendorong kepada kecenderungan JDT untuk menukar jurulatih secara kerap adalah kerana ketidakmahuan jurulatih sedia ada berevolusi dengan bola sepak moden.

“Kita perlu tukar jurulatih jika mereka tidak mahu terima pengetahuan baharu mengenai bola sepak moden.”

“Selain itu, pertukaran perlu dilakukan apabila jurulatih sudah mula gagal mengawal disiplin pemain maka kita perlu tukar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN