Graeme Souness: “Wilfried Zaha Ada Potensi Untuk Jadi Pemain Real Madrid”

Dari 10 markah, berapakah nilai yang ingin anda berikan kepada Wilfried Zaha?

Pendapat mungkin berbeza-beza buat kita semua mengenai pemain Crystal Palace ini. Namun bagi Graeme Souness, beliau cukup mengangkat tinggi pemain tersebut.

Ketika bercakap kepada Sky Sports, beliau menganggap Zaha sebagai pemain yang cukup istimewa buat liga seperti Premier League.

Malah beliau juga turut memberikan kenyataan berani yang Zaha mampu untuk bergelar pemain Real Madrid satu hari nanti.

LONDON – AUGUST 18: In this handout image supplied by Sky Sports, (L-R) Glenn Hoddle, Graeme Souness and Ed Chamberlain present the Sky Sports Super Sunday TV coverage during the Barclays Premier League match between Chelsea and Hull City at Stamford Bridge on August 18, 2013 in London, England. (Photo by Ben Radford – Sky Sports/Getty Images)

“Saya rasakan Wilfried Zaha merupakan pemain yang cukup sensasi.”

“Anda mungkin gelakkan saya, tetapi saya boleh nampak beliau berpotensi untuk bermain bersama Real Madrid.”

Bagi Souness, Zaha merupakan seorang pemain yang dianggap “bersih” dan bukannya pemain yang gemar melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti.

“Cara beliau menukar arah larian dan juga keseimbangan beliau menyumbang kepada mengapa Zaha sering dikasari pemain lawan.”

“Saya rasakan beliau berhak mendapatkan lebih banyak sepakan penalti daripada pengadil. Saya tak rasa beliau seorang pelakon di atas padang.”

during the Premier League match between Watford FC and Crystal Palace at Vicarage Road on August 26, 2018 in Watford, United Kingdom.

Kata Souness lagi, Zaha merupakan pemain yang cukup unik dan telah pun bersedia untuk beraksi dengan pasukan utama.

Beliau tidak dapat bayangkan Zaha bersara tanpa sebarang kejuaraan untuk dirinya.

“Saya rasakan beliau sudah bersedia untuk beraksi dengan pasukan besar. Bakat yang ada padanya cukup unik.”

“Jika tidak ke 2 kelab utama di Sepanyol pun, beliau masih boleh ke kelab-kelab utama yang lain di sana.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN