Mourinho Puji Sokongan Diberikan Oleh Penyokong Manchester United

Jose Mourinho berterus mengeluarkan kenyataan yang cukup kontroversi buat pasukan beliau iaitu Manchester United.

Menjelang aksi penting antara Manchester United menentang Tottenham Hotspur awal pagi Selasa ini, Mourinho telah mengeluarkan kenyataan mengenai pasukannya dan penyokong kelab tersebut.

Menurut laman Goal, beliau memuji sikap penyokong Manchester United yang memberikan sokongan pada kepada kelab tersebut pada 2 perlawanan pertama liga.

Sokongan padu ditunjukkan dengan baik oleh pasukan sewaktu mereka menang ke atas Leicester City dan tumbang kepada Brighton & Hove Albion.

“Para penyokong jelas menunjukkan sokongan yang cukup hebat dalam kedua-dua perlawanan.”

“Sokongan itu bukanlah untuk saya, tetapi buat pasukan. Itulah yang mustahak.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Jose Mourinho, Manager of Manchester United reacts during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Kata Mourinho lagi, ianya bukan mudah untuk menyokong pasukan ketika sedang mengharungi kekalahan.

“Ketika menentang Leicester City, pasukan beraksi dengan baik dan menang jadi tidak hairan kenapa sorakan padu diberikan penyokong.”

“Tetapi untuk memberikan sokongan ketika pasukan tidak bermain baik dan kalah ketika menentang Brighton & Hove Albion, itu satu perasaan yang cukup baik.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Fans arrive outside the stadium prior to the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Dikala beliau cukup gembira mengulas mengenai sokongan yang diberikan penyokong Manchester United, Mourinho tidak begitu berminat untuk menjawab soalan mengenai skuad beliau.

“Saya rasa anda tahu jawapannya,” kata Mourinho.

Mourinho dikatakan cukup kecewa dengan kegagalan kelab untuk mendapatkan beberapa lagi pemain sebelum jendela perpindahan ditutup tempoh hari.

Beliau dikatakan mengalami permasalahan dengan pegawai Manchester United, Ed Woodward.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN