TMJ Dedah Tentang Arahan Taktikal Tomas Trucha – “Pemain Import Penang Cakap…”

Benjamin Mora Hilal El-Helwe Penang JDT 2022 TMJ

Drama berterusan nampaknya apabila pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan respon terhadap kenyataan Tomas Trucha tentang permainan Penang FC.

Berikutan keluhan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tentang pendekatan taktikal Penang, malam tadi, Tomas Trucha telah memberi sebab-sebabnya tersendiri mengapa memilih pendekatan sebegitu.

Dalam aksi Liga Super 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, JDT berjaya meneruskan rentak kemenangan mereka 10 tahun berturut-turut sejak 2013 dalam perlawanan pertama liga apabila telah membenam cabaran Penang dengan kemenangan tipis 1-0 hasil gol tandukkan penyerang sensasi mereka, Bergson da Silva.

Tomas Trucha: “Saya Tahu ‘Coach’ JDT ‘Complaint’, Tapi Kami Harus Lakukannya Berdepan Mereka”

Ia bukan malam yang mudah buat juara Sumbangsih 2022 itu apabila lawan turun dengan formasi 5-4-1 dan pendekatan ‘ultra defensive’ yang menyaksikan tuan rumah bergelut untuk meledak jaringan. Selepas lebih sejam mencuba, akhirnya Bergson berjaya juga memecah kebuntuan hasil hantaran lambung Arif Aiman.

Selain pendekatan bertahan, ketangkasan penjaga gol Harimau Kumbang, Khatul Anuar juga menyukarkan JDT. Deretan percubaan daripada pemain-pemain bintang Harimau Selatan telah berjaya dinafikannya sejak awal.

TMJ meninggalkan komennya di artikel Semuanya BOLA di Instagram berkaitan kenyataan Tomas Trucha di sidang media, malam tadi. Namun, ia bukanlah tentang taktikal ‘parking bus’ yang dipraktikkan oleh Penang.

Respon TMJ taktikal Penang FC 2022

“Parking bas ok. Tetapi ‘time wasting’ teruk. Bayangkan ‘stats’ kami menunjukkan kami hanya bermain 46 minit sahaja. Yang lain setiap 10 minit, 7 minit jatuh. Kita sahaja negara di mana setiap kali ‘goalkeeper save’, dia akan baring selama 3 minit. Sampai bila nak macam ni?” soal TMJ terhadap pendekatan yang diguna pakai lawan.

Dan sesuatu yang menarik adalah apabila pemilik JDT itu menyatakan yang pemain import Harimau Kumbang mendedahkan sesuatu kepada jurulatihnya. “Apabila coach kami tanya ‘foreign player’ Penang, mereka cakap coach punya ‘instruction’. Mulai dari minit ke-5 hingga habis,” dedahnya lanjut tentang perkara tersebut itu.

Sebelum ini ada tersebar gambar Benjamin Mora bercakap dengan pemain import baharu Penang, Hilal El-Helwe. Ramai yang tertanya-tanya, apa yang dibualkan oleh kedua-dua individu tersebut pada ketika itu.

Mungkinkah Hilal El-Helwe merupakan pemain import yang mendedahkan arahan taktikal Tomas Trucha?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN