TMJ & “Bakal Jurulatih Pasukan Kebangsaan” Ucap Selamat Maju Jaya Buat JDT

TMJ dan bakal jurulatih negara mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan JDT yang bakal berhadapan dengan skuad Gamba Osaka dalam pusingan play-off AFC Champions League di Suita City Football Stadium pada jam 6 petang ini waktu Malaysia.

Perlawanan itu boleh disaksikan menerusi saluran Fox Sports di Astro.

TMJ dan bakal jurulatih Malaysia

Dalam kemas kini terbaharu laman rasmi JDT di Facebook iaitu JOHOR Southern Tigers, baginda secara terbuka mengucapkan selamat maju jaya buat pasukannya itu.

Apa yang menarik perhatian adalah frasa “Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan” di dalam kemas kini berkenaan.

Frasa itu kemudiannya disertakan dengan gambar TMJ bersama-sama dengan bekas pengurus dan jurulatih JDT iaitu Mario Gomez.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Ia secara tak langsung menimbulkan persoalan adakah Mario Gomez akan menjadi jurulatih skuad negara satu hari nanti?

Masih anda ingat kata-kata TMJ yang akan ada jurulatih dari Sepanyol datang menyelamatkan bola sepak negara?

Pusingan U?

Selain itu juga, adakah bekas pemain skuad negara iaitu Safiq Rahim, S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan juga Aidil Zafuan juga akan kembali ke skuad kebangsaan?

Hal ini kerana TMJ pernah cuba memujuk Safiq Rahim untuk kembali menyarung jersi negara.

Isyarat Safiq akan kembali ke skuad negara juga pernah dikeluarkan oleh pihak JOHOR Southern Tigers sendiri.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

 

Jika Safiq kembali, adakah Kunanlan, Amirulhadi dan juga Aidil akan turut serta?

Jika ya, ia mungkin adalah sebahagian daripada pembaharuan kepada bola sepak negara sekiranya TMJ berjaya menjadi presiden FAM yang bakal dipilih pada kongres FAM bulan Mac ini.

Baginda pasti mahu skuad negara dibarisi oleh jurulatih terbaik dengan pemain yang terbaik.

Adakah TMJ merupakan presiden baharu FAM? Sama-sama kita saksikan!

Apa pun, selamat berjuang buat JDT!

Baca juga: 5 Pasukan ‘Underdog’ Yang Berjaya Tumbangkan Pasukan Lawan Dengan Penuh Bergaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN