5 Pasukan ‘Underdog’ Yang Berjaya Tumbangkan Pasukan Lawan Dengan Penuh Bergaya

Dalam bola sepak, apa saja boleh terjadi. Salah satunya adalah pasukan kerdil berjaya tumbangkan pasukan pilihan dalam perlawanan bola sepak.

Sempena pertembungan yang diibaratkan seperti ‘langit dengan bumi’ diantara Gamba Osaka dengan JDT, jom kita lihat 5 pasukan berstatus underdog yang berjaya tumbangkan pasukan hebat dengan penuh bergaya! Mana tahu, JDT dapat tewaskan Gamba Osaka nanti?

5. Chelsea 2-4 Bradford (FA Cup 2015)

Di pusingan ke-4 FA Cup 2015, Bradford City yang berada di English League 1 ketika itu berjaya menumbangkan juara Premier League musim itu.

Bermain di laman sendiri dengan Petr Cech di gol, Gary Cahill dan Kurt Zouma di pertahanan, Ramires dan Oscar di tengah dan juga Didier Drogba di bahagian serangan. Sepatutnya tiada masalah untuk Chelsea bukan?

Tidak! Sebaliknya satu bencana buat mereka, Chelsea berada di depan 2-0 sebelum Bradford City hadir dengan 4 gol menerusi Jon Stead, Filipe Morais, Andy Halliday dan Mark Yeates!

4. England 1-2 Iceland (Piala Eropah 2016)

Iceland hadir ke Piala Eropah 2016 dengan reputasi sebagai pasukan pilihan serta antara negara paling kecil di Eropah dengan populasi rakyat mereka yang kurang dari sejuta orang!

Bertemu England yang merupakan ‘muka lama’ dalam kejohanan antarabangsa di pusingan 16 pasukan terakhir, semuanya nampak mudah apabila mereka berjaya mendahului menerusi Wayne Rooney seawal minit ke-4.

Namun gol dari Ragnar Sigurdsson dan Kolbeinn Sigthorsson memastikan Iceland mencipta salah satu kejutan terhebat di Piala Eropah 2016!

3. MK Dons 4-0 Manchester United (English League Cup 2015)

Sebelum terma Will Grigg’s on fire itu ketika beliau bersama Wigan Athletic, beliau sudah membuatkan pertahanan lawan takut dengannya sebelum itu!

Ketika mewakili MK Dons, Grigg menjadi watak penting selain Benik Afobe dalam usaha memalukan Manchester United dalam aksi English League Cup.

Mereka menewaskan Manchester United yang dibarisi oleh David De Gea, Shinji Kagawa dan juga Javier Hernandez.

Namun begitu, kebanyakan pemain yang bermain untuk Manchester United adalah dari kalangan pemain muda.

2. Romania 5-1 Jerman (Persahabatan – 2004)

Jerman dimalukan ketika mereka mempersiapkan diri sebelum aksi EURO 2004 apabila mereka tewas 5-1 ditangan Romania.

Skuad Jerman nyata tak terdaya menahan tekanan dan ini membolehkan Mihaita Plesan, Razvan Rat, Ionel Danciulescu (2 gol) dan juga Gabriel Caramarin menjaringkan gol.

Bagi jurulatih Jerman ketika itu iaitu Rudi Voeller, kekalahan mereka itu amat perit sama seperti mereka ditumbangkan 5-1 oleh England pada 2001.

1. Alcorcon 4-0 Real Madrid (Copa Del Rey 2009)

Siapa sangka, pasukan yang dibarisi oleh Guti, Raul, Ruud Van Nistelrooy dan juga Karim Benzema ketika itu dimalukan oleh barisan pasukan yang berada di liga divisyen 3 dengan jaringan 4-0!

Itu yang terjadi kepada Real Madrid dalam aksi Copa Del Rey menentang Alcorcon, mereka tewas 4-0 di tempat lawan ditangan skuad yang berada di liga divisyen 3 Sepanyol.

Kekalahan itu cukup memalukan gergasi Sepanyol itu, dan sentiasa akan kekal dalam sejarah bola sepak Sepanyol sebagai antara kemenangan pasukan underdog paling hebat dalam sejarah.

Baca juga: Joel Matip Kena Troll Dengan Jurulatih Cameroon Selepas Menang Piala Negara Afrika

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN