Annuar Musa: “Saya Bertanding Sebab Risau Tiada Calon Lain Masuk Sekali”

Tan Sri Annuar Musa (TSAM) baru-baru ini memberikan penjelasan kepada pihak media kenapa beliau memilih untuk bertanding dalam perebutan jawatan presiden FAM.

“Risau tak ada orang”

Tan Sri Annuar Musa memberikan penjelasan kenapa beliau tetap bertanding dalam pemilihan presiden FAM yang akan diadakan Mac ini ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Katanya, beliau risau akan ketiadaan calon lain turut serta di dalam pemilihan itu.

“Semalam saya ke Wisma FAM untuk hantar borang, waktu itu saya tanya ada ke calon lain yang bertanding?”

“Mereka jawab tiada lagi calon lain yang bertanding.”

Annuar merupakan calon pertama yang menghantar borang pencalonan untuk menjadi calon pemilihan calon presiden FAM yang baharu.

Beliau berkata yang beliau takut tiada orang mahu bertanding untuk jawatan tersebut. Jadi beliau masuk bertanding untuk pastikan ada calon yang bertanding untuk jawatan panas itu.

Dan sehingga kini artikel ini ditulis, hanya beliau sahaja yang menghantar pencalonan.

3 calon lain yang disebut-sebut akan bertanding iaitu Tengku Mahkota Johor, Khairy Jamaluddin dan juga Tan Sri Aseh Che Mat masih belum menghantar borang pencalonan masing-masing.

“Apa kalau-kalau?”

Selain itu, Annuar juga menjawab soalan pertanyaan sama ada beliau akan tarik diri untuk memberi laluan sekiranya TMJ masuk bertanding.

Namun begitu, beliau menolak sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

Saya tak boleh komen pasal orang lain, nanti orang marah‎.”

“Saya tak buat kerja berdasarkan kalau, ‘kalau’ ini tak habis. Tunggu masa lah, kenapa kalau-kalau, apa yang kalau-kalau.”

Beliau juga berkata yang FAM pasti mempunyai peraturannya tersendiri, dan beliau bertanding atas dasar seorang peminat bola sepak.

“‎Saya fikir semua orang ada hak, dalam FAM ada peraturan. Saya tak ada jawatan dalam bola sepak.”

“Saya hanya peminat dan penyokong bola sepak, saya dicalonkan dan setakat semalam tiada sesiapa terima pencalonan, jadi saya terima.”

Baca juga: TMJ & “Bakal Jurulatih Pasukan Kebangsaan” Ucap Selamat Maju Jaya Buat JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN