Tips Penjagaan Makanan Buat Pemain Bola Sepak Sepanjang Syawal

Sebulan berpuasa, akhirnya Syawal pun tiba. Sebagai antara perayaan utama di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah antara yang paling meriah, dan dirasai kehadirannya untuk tempoh sebulan berikutnya.

Untuk negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia, skala perayaan Hari Raya Aidilfitri sudah tentu diraikan bersama-sama rakan taulan dari agama lain – menjadikan perayaan di negara ini menjadi lebih bermakna.

Bezanya buat tahun kedua berturut-turut, PKP 3.0 yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung penularan wabak yang sedang melanda, sedidkit sebanyak menghadkan perayaan kali ini.

Antara yang paling dinanti-nantikan setiap kali Hari Raya semestinya ialah pelbagai jenis juadah istimewa yang akan dihidangkan.

Baik ketika bersama keluarga, atau menghadiri rumah-rumah terbukan dalam tempoh beberapa minggu yang mendatang, menu-menu seperti lemang, ketupat, rendang, laksa, satay dan beraneka kuih muih moden dan tradisional pasti menjadi tumpuan setiap daripada kita.

Persoalannya ialah sekiranya anda aktif di dalam sukan, khususnya bermain bola sepak, bagaimanakah harus anda menjaga aspek pemakanan anda? Kami sediakan beberapa tips ringkas khas untuk anda.

Teruskan aktiviti sihat

Senaman atau pun aktiviti fizikal boleh membantu membakar kalori di dalam tubuh badan. Sepanjang tempoh cuti ini, kami menyarankan untuk anda melakukan senaman pada setiap pagi, sebelum Hari Raya anda bermula pada siangnya.

Selain daripada untuk mengekalkan stamina, aktiviti senaman juga akan membantu anda supaya tidak rasa bersalah ketika menikmati juadah sepanjang Syawal. Mengapa harus takut kalori berlebihan sekiranya anda turut mengambil langkah untuk mengawalnya?

Amalan satu pinggan

Kami boleh jamin juadah Hari Raya yang beraneka pasti akan membuatkan anda rambang mata. Ia seperti, semuanya pun anda mahu ambil untuk makan. Tetapi pada masa yang sama, anda pasti runsing sekiranya cara pemakanan tersebut akan mengganggu sistem pemakanan anda.

Untuk itu, kami cadangankan anda untuk mengamalkan pemakanan satu pinggan sahaja. Ambil sahaja apa yang anda inginkan, tetapi dengan syarat ia tidak boleh melebihi satu pinggan. Elakkan pengambilan makanan ringan yang hanya mengandungi laktosa dan kabohirdrat.

Makan dulu sebelum bertandang

Salah satu lagi cara mudah untuk mengelakkan anda makan secara berlebihan ketika Syawal ialah dengan makan terlebih dahulu sebelum memenuhi undangan ke rumah terbuka. Untuk ini kami mencadangkan anda mengamalkan makanan yang mempunyai serat dan protein  yang tinggi.

Makanan sebegini akan mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama. Langkah ini sekaligus boleh mengawal nafsu makan anda ketika menghadiri rumah terbuka.

Minum banyak air

Air adalah komposisi yang amat penting di dalam tubuh badan kita.  Selain meningkatkan metabolisme, air juga boleh mengawal selera makan kita. Oleh itu, meminum air yang banyak terutama air kosong akan membantu kita berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang dimakan juga akan kurang.

Untuk menjadikannya lebih menarik, air kosong bersama hirisan lemon mungkin lebih menyelerakan. Tak salah untuk dijadikan bekalan ketika melakukan kunjungan di rumah terbuka juga.

Ambil masa untuk bersosial

Konsep mengadakan rumah terbuka bukan sekadar untuk menikmati makanan-makanan yang disediakan semahu-mahunya. Lebih daripada itu, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama kita.

Dalam konteks hidup bermasyarakat, rumah terbuka sudah tentunya dapat mengeratkan hubungan dengan jiran di sekeliling rumah atau kawasan kediaman. De­ngan adanya rumah terbuka, setiap tetamu dapat mengenali lebih dekat jiran-jiran yang ada di persekitaran ter­utamanya bagi kawasan kejiranan bandar.

Kerana itu, berikan fokus anda untuk bersosial dengan rakan-rakan lain yang turut hadir, atau pergunakan peluang untuk mengenali rakan baharu. Ia pasti satu perkara yang menarik untuk belajar dan mengenali rakan baharu – apatah lagi jika rakan tersebut datang dari latar belakang kaum dan agama yang berbeza.


Penutup

Berdasarkan tips-tips ringkas yang kami kongsikan diatas, maka bolehlah kita mengabaikan tanggapan ‘kerana Raya, rosak diet.’ Bak kata bidalan lama-lama ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’ Kami yakin anda tidak akan mempunyai massalah untuk terus aktif bermain bola sepak walaupun sibuk beraya sekiranya mengamalkan tips-tips di atas.

Kongsikan tips ini dengan rakan anda yang lain. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami warga kerja Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN