Kylian Mbappe Menyerahkan ‘Transfer Request’ Kepada PSG

Sebelum ini Kylian Mbappe menyatakan hasrat beliau untuk mencari cabaran baharu dengan tanggungjawab yang lebih besar di bahunya.

Mbappe kemudian memberitahu, cabaran yang dimaksudkan itu boleh jadi di PSG ataupun di kelab lain. Sekaligus media di Perancis merasakan Mbappe tidak begitu gembira di PSG.

Menurut siaran berita Sepanyol – El Chiringuito, penyerang kebangsaan Perancis itu sudah menghantar surat mahu pindah ke kelab lain daripada PSG. Dilaporkan Mbappe mahu menyertai Real Madrid.

Mbappe mendapat perhatian daripada banyak kelab elit di Eropah kerana bakat dan usia beliau yang masih muda.

Real Madrid sudah mengesahkan pembelian Luka Jovic. Mereka dijangka akan memeterai perjanjian dengan Eden Hazard dalam masa terdekat.

Seterusnya, Kylian Mbappe adalah sasaran untuk melengkapkan barisan serangan Real Madrid.

Hazard merupakan pemain sayap kiri. Manakala Mbappe banyak beraksi di sayap kanan ketika bersama PSG dan juga Perancis. Mbappe juga boleh bermain di sayap kiri dan sebagai penyerang tengah.

Ini bukan kali pertama Real Madrid berminat dengan Mbappe. Sejak di AS Monaco lagi, nama Kylian Mbappe dalam senarai dikehendaki oleh Real Madrid.

Florentino Perez kali ini serius dalam usaha membantu Zinedine Zidane untuk membeli beberapa pemain bintang bagi menguatkan Real Madrid. Ini selepas kempen hambar mereka pada 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN