Quantcast

BERITA

Highlight UNL: Hatrik Ronaldo Bawa Portugal Mara Ke Perlawanan Akhir

Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik menakjubkan untuk membantu Portugal mara ke perlawanan akhir, selepas menewaskan Switzerland 3-0 di Estadio do Dragao pada awal pagi tadi.

Penyerang berusia 34 tahun itu membuka tirai jaringan pada minit ke-25 perlawanan melalui sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama perlawanan, sebelum Switzerland menyamakan kedudukan melalui Ricardo Rodriguez selepas sepakan penalti dianugerahkan.

Sepakan penalti tersebut agak mengelirukan selepas pengadil perlawanan Felix Brych pada awalnya telah memberi sepakan penalti kepada Portugal.

Namun selepas semakan melalui teknologi Video Assistant Referee (VAR), penalti diberikan kepada Switzerland selepas Nelson Semedo terlebih dahulu dipersalahkan mengasari Steven Zuber.

Terganggu oleh keputusan tersebut, Portugal seakan-akan sukar menemui rentak yang diperlukan, dan perlawanan seolah-olah akan diteruskan ke masa tambahan,

Namun Ronaldo tampil membawa perbezaan selepas bijak menyambar hantaran lintang Bernardo Silva ke penjuru bawah kanan gawang lawan pada minit ke-88. Dua minit kemudian, Ronaldo sekali lagi mengegear jaring gawang lawan di sudut yang sama.

Kemenangan 3-1 ini bermakna Portugal akan menanti pemenang diantara Belanda atau England untuk perlawanan akhir yang akan diadakan pada Ahad akan datang.