Tidak Dibayar Gaji, Staf Bolton Wanderers Terima Sumbangan Makanan

Isnin lalu, Bolton Wanderers telah diarahkan mahkamah untuk ditadbir secara khas dan sah mengikut undang-undang. Ini bermakna, kelab itu boleh beroperasi tanpa dijual kepada mana-mana pihak.

Keputusan itu dibuat oleh mahkamah susulan isu berkaitan hutang cukai yang menjangkau lebih sejuta Pound Sterling.

Masalah serius

Disebabkan masalah kewangan yang serius, staf Bolton tidak menerima gaji pada bulan April. Beberapa buah syarikat yang beroperasi di Bolton telah menderma makanan untuk staf kelab bola sepak itu.

Selain makanan, syarikat itu juga menderma barangan penjagaan kebersihan diri. Dikhabarkan sebuah yayasan telah menerima sumbangan itu bagi pihak staf kelab.

Dikatakan sebuah kelab EFL telah mendermakan baucer pasaraya kepada staf Bolton yang terjejas dengan musibah ini. Menurut laporan lain, kelab yang dinamakan ialah Preston North End.

Perasaan hiba

Bekas pemain Bolton, Kevin Nolan mengakui sebak apabila mengetahui kelab lamanya terpaksa membuka food bank untuk keperluan para pekerjanya.

Nolan mengetahui perkara ini kerana masih berhubung rapat dengan beberapa orang staf di kelab itu. Nolan beraksi agak lama bersama Bolton dari 1999 hingga 2009.

Notts County Manager Kevin Nolan during a pre season friendly match at Meadow Lane, Nottingham. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Malah, ada seorang pegawai mendedahkan beberapa staf lain telah mengalami tekanan mental dek masalah kewangan ini.

Para pemain Bolton pula dilaporkan tidak menerima gaji sejak Februari. Oleh sebab itu, PFA membantu dengan memberikan pinjaman beramaun kecil untuk membantu para pemain kelab itu.

Dipotong mata

Dalam perkembangan lain, EFL telah memutuskan untuk menghukum Bolton dengan penalti 12 mata. Penalti 12 mata ini akan terpakai pada musim hadapan.

Bolton akan beraksi dalam EFL League One pada musim hadapan dengan pungutan -12 mata. Keputusan ini dilaporkan telah dibuat pada Isnin lalu juga.

Ada pihak lain dilaporkan berminat untuk mengambil kelab yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris ini. Salah satu pihak yang dikatakan meluahkan minat berasal dari China.

Semoga ada jalan penyelesaian terbaik buat Bolton Wanderers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN