Quantcast

BERITA

Bayern Munich Serius Mahu Bawa Pulang Leroy Sane Ke Jerman

Bayern Munich dilaporkan serius untuk membawa masuk pemain sayap Manchester City, Leroy Sane dengan rekod perpindahan kelab berkenaan.

Kedua-dua kelab telah mengadakan perbincangan terbuka berhubung perpindahan Sane pada musim panas nanti.

Menurut sumber dari Daily Record, pihak pengurusan City telah pun bersetuju untuk melepaskan Sane dengan syarat – Bayern Munich perlu mengemukan tawaran yang setimpal dengan harga bintang Jerman itu.

Sane menyertai Manchester City dari Schalke 04 pada Ogos 2016 dengan mencatatkan rekod perpindahan pemain termahal di Jerman, iaitu AS$55.8 juta (RM234.36 juta).

GELSENKIRCHEN, GERMANY – FEBRUARY 20: Leroy Sane #19 of Manchester City arrived prior to the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between FC Schalke 04 and Manchester City at Veltins-Arena on February 20, 2019 in Gelsenkirchen, Germany. (Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

Bagaimanapun, rekod perpindahan itu belum cukup untuk Sane merampas kedudukan Raheem Sterling dalam kesebelasan utama Pep Guardiola. Beliau sering menjadi pilihan kedua dibelakang Sterling.

Peluang Sane di Etihad semakin rumit apabila City membawa masuk pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez pada 2018. 

Justeru, hal ini membuatkan Sane meluahkan keinginan untuk meninggalkan Man. City, meskipun kelab itu telah menawarkan lanjutan kontrak selama tiga tahun kepadanya – selain bakal menerima kenaikan gaji sekali ganda iaitu sekitar £180,000.

Nicolas Pepe

Selain daripada Sane, Bayern Munich turut mengintai peluang untuk mendapatkan pemain Lille OSC, Nicolas Pepe.

Dua pemain veteran, Frank Ribery dan Arjen Robben sudah pun mengumumkan akan meninggalkan kelab Bavarian itu pada penghujung musim ini.

Pepe dan Sane dilihat sebagai pengganti kepada dua pemain tersebut sebagai pemain penyerang sayap.

Sane adalah calon ideal bagi Bayern Munich kerana beliau adalah pemain kelahiran Jerman selain mempunyai pengalaman bermain di pentas Bundesliga.