Syed Saddiq Yakin Malaysia Akan Layak Ke Piala Dunia 2030 Dengan Menggunakan Formula Ini

Syed Saddiq Ultras Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa tidak mustahil untuk Malaysia tampil dalam temasya terulung bola sepak – Piala Dunia pada 2030 nanti.

Ini kerana menurut Syed Saddiq, Malaysia akan mencontohi Qatar dalam membangunkan bola sepak sehingga menjadi juara Asia. Syed Saddiq kagum dengan cara Qatar memailkan prestij bola sepak mereka dengan program daripada Akademi Aspire.

Akademi Aspire ada satu program khas yang mencari bakat bola sepak dari seluruh dunia untuk diserap sebagai pemain naturalisasi negara Qatar. Pemain-pemain yang dibawa masuk ke akademi ini adalah terdiri daripada bakat berusia 6-11 tahun.

Mereka akan melalui beberapa fasa lagi sebelum diserap masuk ke dalam akademi utama dalam usaha mereka mahu menjadi pemain elit negara itu suatu hari nanti.

Pada usia 8 tahun biasanya, para pemain akademi yang cemerlang akan dikenal pasti bagi diserap ke akademi utama ketika mereka berusia 12 tahun kelak.

Oleh itu Syed Saddiq mahu menerapkan kaedah yang sama di oleh Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam masa terdekat ini.

Dipetik daripada sumber Berita Harian, Syed Saddiq berkata: “Jika kita lihat Akademi Aspire di Qatar. Mereka Sudha berjaya melahirkan para pemain terbaik dan menjadi faktor kenapa mereka menjadi juara Piala Asia 2019. Ianya kerana produk akademi tersebut.”

Syed Saddiq juga menegaskan beliau sudah mencadangkan perkara itu kepada AMD. Syed Saddiq mahu memperbaiki polisi pemain naturalisasi sedia ada di negara ini.

“Saya sudah cadangkan perkara ini kepada AMD, kita mahu ikut apa yang dilakukan oleh Qatar. Kita tidak boleh mengambil pemain naturalisasi yang sudah menjangkaui usia 20 hingga 25 tahun tetapi sebaliknya kita kena bermula dari awal.”

“Sebagai contoh Akademi Aspire mengesan bakat muda seawal usia 12 dan 13 tahun dari seluruh dunia dan tempatkan mereka di akademi tersebut yang berpangkalan di Qatar. Campuran pemain tempatan dan antarabangsa ini dibentuk mengikut DNA bola sepak mereka.”

“Pemain akademi yang menonjol akan diserap ke dalam pasukan kebangsaan sebagai bakat naturalisasi. Perkara yang sama kita mahu terapkan di Malaysia,” tambah beliau lagi ketika berucap ketika sambutan Hari Belia Kebangsaan di Universiti Malaya.

Syed Saddiq juga menyatakan bahawa cadangan itu sudah dipanjangkan kepada FAM dan badan induk bola sepak Malaysia itu bersetuju dengannya.

Beliau menambah: “Saya sudah berbincang dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan beliau bersetuju. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan kita sehaluan dalam memastikan Malaysia akan masuk FIFA 2030 Piala Dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN