”Tiada Pendapatan” – Faizal Azumu Beri Sebab FAM Terima RM10 Juta

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menerima dana RM10 juta baru-baru ini dijelaskan sebagai suatu keperluan penting buat badan utama bola sepak negara itu untuk beroperasi akibat kekangan sumber kewangan yang terjejas sebelum ini akibat pandemik Covid-19 yang menimpa negara.

Jelas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Belia dan Sukan, akibat kekangan kewangan yang dialami FAM sebelum ini menyebabkan badan induk itu sukar untuk beroperasi secara menyeluruh termasuk mengenai projek penganjuran liga pembangunan akar umbi.

“Mereka (FAM) tidak mendapat pendapatan, iaitu hasil daripada penganjuran liga dan ini menyukarkan mereka untuk beroperasi dan atas sebab itu kerajaan membantu.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri tentunya akan beri kerjasama penuh kepada FAM untuk mempopularkan lagi sekali gus mengekalkan bola sepak sebagai sukan nombor satu di Malaysia,” katanya pada Harian Metro selepas merasmikan Akademi Tunas Tambun Perak di Padang Awam Tanjung Rambutan di sini hari semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebelum ini mengenai pemberian dana sebanyak RM10 juta itu adalah sebagai bukti sokongan penuh kerajaan buat FAM dalam pembangunan bola sepak negara pada masa akan datang.

Selain itu, Faizal Azumu juga menafikan semua tanggapan sebelum ini yang kononnya sumbangan kepada FAM itu menyebabkan kerajaan mengambil langkah memotong peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada sukan lain meskipun sukan-sukan lain itu lebih cemerlang dalam mengharumkan nama negara berbanding bola sepak yang makin kurang memberi impak.

“Kerajaan perlu berbelanja mengikut kemampuan. Itu sedang kami lakukan dan apa jua permasalahan kami sedang ambil perhatian yang serius dan akan memastikan ia dapat dirungkai secepat mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai perlantikan jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya, Ahmad Faizal yakin dengan kredibiliti yang mampu dipamerkan oleh Kim Pan Gon untuk meningkatkan kembali mutu bola sepak tanah air negara ke arah lebih baik pada masa akan datang.

“Saya ucapkan tahniah kepada jurulatih (Kim Pan Gon) dan tentunya FAM mengkaji sebaik mungkin dalam memastikan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi sebelum membuat apa-apa pelantikan,” katanya.

Jurulatih yang berasal dari Korea Selatan serta berusia 52 tahun itu akan mula melapor diri pada pertengahan Februari bagi mempersiapkan pasukan serta diberi kontrak selama dua tahun dengan pilihan tambahan dua tahun lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN