‘Nistelrooy’ Sudah Di JDT, Kini Kelibat ‘Beckham’ Pula Di Bangku Simpanan Sabah FC

Beckham Agustin Sabah FC 2022

Sebelum ini, penyerang dengan nama seiras Ruud van Nistelrooy iaitu Gabriel Nistelrooy dilihat beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II, kini timbul pula nama mirip David Beckham iaitu Beckham Agustin di Sabah FC.

Mungkin penyokong Sabah sudah biasa mendengar dan melihatnya bermain tetapi bagi majoriti pengikut bola sepak tempatan lain, apabila melihat nama pemain yang berada di bangku simpanan The Rhinos dalam aksi persahabatan baru-baru ini, timbul persoalan, siapakah empunya nama mirip kepada David Beckham itu?

Sebelum ini, penyokong bola sepak tempatan sudah diperkenalkan dengan pemain kelahiran Sarawak, Gabriel Nistelrooy yang kini telah bermain bersama JDT II di Liga Premier musim lalu. Seperti Nistelrooy, Gabriel juga merupakan seorang penyerang dan sangat berbisa di usia remajanya sehingga berpeluang menyertai JDT.

Beliau mula menyertai JDT IV pada 2019 selepas berjaya memikat ketua jurulatih, Gonzalo Sanz Zaballos.

Sebelum dinaikkan pangkat ke JDT II, prestasinya bersama JDT IV amat memberangsangkan apabila muncul sebagai antara penjaring terbanyak buat pasukan muda Harimau Selatan itu dan musim lalu di usia 21 tahun, dengan hanya tujuh kali penampilannya bersama JDT II, Gabriel Nistelrooy telah berhasil mencetak dua gol.

Perlu bersaing dengan penyerang import mungkin sedikit merencatkan peluang untuk turun bermain, namun kejayaan mencetak dua gol dalam tujuh penampilan sudah cukup memberi indikasi sentuhan penyudahnya.

Sebagaimana bintang dunia, Nistelrooy, Gabriel juga memiliki naluri penyudah yang baik untuk diketengahkan.

Sementara itu di Sabah, ketika aksi persahabatan menentang pasukan tempatan, Kinabalu Jaguar FC pada 15 Januari lalu, nama Beckham menimbulkan persoalan bagi yang belum pernah mendengar namanya bersama pasukan walaupun beliau merupakan produk Piala Belia dan Piala Presiden skuad dari Borneo tersebut.

Ada di antara penyokong yang dilihat berkata, “Wow ada Beckham. Bukan biasa biasa ni”, “Ada Beckham, confirm menang” dan sebagainya. Malah ada yang keliru mengatakan beliau mungkin pemain import baharu.

Bermula dengan skuad Piala Belia Sabah, Beckham Agustin yang ketika itu dibimbing Billyton Vun Ket Ming pada tahun 2019 sebelum dinaikkan pangkat bersama skuad Piala Presiden Sabah pada tahun berikutnya yang dibimbing oleh Justin Ganai. Berusia 19 tahun, mungkin pengendali, Datuk Ong Kim Swee tertarik dengannya.

Kim Swee diketahui suka untuk mengetengahkan bakat muda dan Beckham Agustin perlu memanfaatkan peluang ini. Namun, jauh berbeza dengan David Beckham, beliau merupakan pemain yang beraksi di benteng.

Dengan barisan pemain berpengalaman skuad kebangsaan bersama The Rhinos saat ini, inilah peluang terbaik buatnya untuk menimba segala pengalaman dan ilmu terutamanya daripada Rizal Ghazali dan Nazirul Naim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN