Selepas hanya semusim di Juventus, Aaron Ramsey telah pun diminta untuk mencari kelab lain pada jendela perpindahan musim panas ini setelah namanya tidak termasuk dalam perancangan pengurus baharu, Andre Pirlo.
Bekas pemenang Piala Dunia 2006 itu dilantik menggantikan Maurizio Sarri yang dipecat sejurus sahaja kelab Turin itu tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada minggu lepas.
Ramsey menyertai Juventus dari Arsenal secara percuma pada musim panas lepas, namun beberapa siri kecederaan telah menghadkan peluangnya untuk beraksi lebih kerap.
Andrea Pirlo does not see Aaron Ramsey as part of his plans and free to find another club. [Mirror] pic.twitter.com/p1pFoIHMby
— ARSENAL (@tomgunner14) August 11, 2020
Musim ini, pemain antarabangsa Wales itu menjaringkan empat gol dalam 35 penampilan bagi membantu Juventus menjuarai Serie A buat kali kesembilan berturut-turut, namun sekadar memulakan 11 perlawanan dalam kesebelasan utama.
Walaupun kontraknya di Juventus masih berbaki tiga tahun beliau telah pun dikaitkan dengan perpindahan semula ke Liga Perdana Inggeris dengan dua kelab London, Tottenham Hotspur dan Chelsea masing-masing berminat untuk mendapatkannya.
Mikel Arteta pula memang sedang berusaha untuk mengukuhkan bahagian tengah The Gunners di mana Matteo Guendouzi dan Lucas Toreira berkemungkinan besar akan dibenarkan untuk meninggalkan Emirates dalam masa terdekat.
Sekalipun penyokong Arsenal teruja dengan ura-ura kepulangan Ramsey, terdapat halangan untuk Ramsey kembali disebabkan gajinya yang tinggi di mana beliau kini menerima £250,000 seminggu.
Aaron Ramsey when Pirlo tells him to go back to Arsenal pic.twitter.com/YHD1QTkgSs
— ODDSbible (@ODDSbible) August 11, 2020
11 tahun di Utara London, Ramsey telah membuat 371 penampilan bersama Arsenal dan mempunyai rekod yang baik dengan menjaringkan 65 gol serta menyumbang 65 bantuan jaringan.
Selain Ramsey, Pirlo juga sedia untuk membenarkan beberapa pemain lain untuk meninggalkan pasukan. Di antaranya Gonzalo Higuain, Sami Khedira, Danielle Rugani dan Mattia De Sciglio. Blaise Matuidi pula dilaporkan akan menyertai kelab Beckham di Major League Soccer, Inter Miami.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Aaron Ramsey dan Juventus: