Thomas Muller: “Lim Teong Kim Adalah Idola Saya”

Thomas Muller kini sudah capai apa sahaja yang beliau mampu dapatkan sebagai pemain bola sepak.

Sebut saja gelaran apa, Bundesliga? UEFA Champions League? Piala Dunia? Semuanya beliau sudah miliki!

Namun begitu, disebalik kejayaan yang beliau kecapi itu beliau dalam hati mengagumi seorang individu yang telah membangunkan bakatnya semasa muda.

Beliau adalah, Lim Teong Kim.

Sebelum pulang semula ke Malaysia, bekas pertahan Kedah itu menjadi jurulatih di akademi kelab tersebut.

Beliau bertanggungjawab membangunkan bakat-bakat seperti Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos dan juga Muller sendiri.

“Saya belajar banyak dari Teong Kim. Beliau tahu mengenai taktikal dan tahu macam mana nak letakkan pemain yang betul di atas padang.”

Pemain Bayern Munich itu juga mengakui beliau belajar banyak dari Teong Kim yang merupakan antara jurulatih terawal dalam karier beliau.

“Teong Kim merupakan antara jurulatih terawal yang hadir dalam karier saya.”

“Saya sangat seronok belajar bermain bola sepak dari beliau.”

Sumber:

  1. The Straits Time (2017): Football: Muller remembers his mentor from Malaysia; http://www.straitstimes.com/sport/football/muller-remembers-his-mentor-from-malaysia

Leave a Reply