Bakal Dapat Peluang, Zidane Jadikan Anaknya Luca Sebagai Penjaga Gol Ke-3 Real Madrid

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane bakal memberikan peluang kepada anaknya untuk bermain dalam skuad utama Real Madrid musim hadapan.

Anaknya iaitu Luca Zidane, dijangka bakal dinaikkan ke skuad utama pada musim hadapan selepas persembahan beliau yang cemerlang bersama-sama skuad simpanan kelab tersebut.

Ia juga ditambah dengan pemergian penjaga gol ke-3 Real Madrid ketika ini iaitu Ruben Yanez yang akan meninggalkan kelab tersebut.

Sementara itu, kedudukan 2 lagi penjaga gol Real Madrid yang lain dijangka akan kekal.

Keylor Navas dijangka kekal menjadi penjaga gol utama Real Madrid walaupun kelab tersebut sering dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol Manchester United – David De Gea.

Selain itu, Real Madrid juga dikaitkan dengan pembelian penjaga gol Chelsea iaitu Thibaut Courtois.

Namun begitu, terdapat juga khabar yang mengatakan yang seorang lagi pemain Real Madrid Castilla bakal iaitu Alex Craninx bakal diberikan peluang untuk beraksi.

Hal ini kerana, prestasi beliau ketika ini juga cukup memberangsangkan dan mungkin Zidane akan menimbang untuk memberikan pemain tersebut peluang.

Sumber: 

  1. The Sun (2017): Real Madrid goalie Luca Zidane set to be promoted by dad Zinedine and become club’s third-choice keeper this summer; https://www.thesun.co.uk/sport/football/3975930/real-madrid-luca-zidane-zinedine-goalkeeper-third-choice/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN