Harry Kane Adalah Penyerang Idaman Conte, Dedahkan Kekecewaan Terlepas Kyle Walker

Pengurus Chelsea Antonio Conte berkata penyerang Totenham Hotspur, Harry Kane adalah penyerang idamannya, jika beliau perlu membeli seorang lagi penyerang.

Pengurus berbangsa Itali itu baru sahaja membawa masuk Alvaro Morata pada harga ₤85 juta.

(Photo by Andrew Redington/Getty Images)

Bagaimanapun Conte menegaskan bahawa beliau tidak akan membeli penyerang antarabangsa England itu buat masa ini.

Conte hanya sekadar menyatakan kekaguman akan kebolehan Kane yang mucul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu.

Harry Kane muncul sebagai penjaring terbanyak EPL buat 2 musim berturut-turut dan berpendapat Totenham adalah pasukan yang bagus jika mampu mengekalkan kesemua pemain dalam skuadnya.

. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Antonio Conte dipetik sebagai berkata:

“Pada saya, Harry Kane adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia.Jika saya perlu membawa masuk seorang penyerang, saya akan memilih Kane.”

“Beliau adalah seorang penyerang yang lengkap ketika bersama bola ataupun tanpa bola.”

“Dia mempunyai perwatakan yang kuat dan punyai kekuatan untuk perebutan bola tinggi.”

“Kane adalah seorang penyerang yang lengkap dan anda harus membelanjakan ₤100 juta untuk mendapatkannya.”

“Pada harga itu, ini bermakna beliau adalah seorang penyerang yang hebat.”

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Nilai perpindahan pemain semakin meningkat pada jendela perpindahan musim panas ini. Namun demikian, Totenham masih belum melakukan sebarang pembelian.

Baru-baru ini Pengerusi Totenham Hotspur, Daniel Levy turut mengkritik jumlah harga yang perlu dibelanjakan oleh setiap kelab untuk mendapatkan pemain baharu.

Di sebalik jendela perpindahan yang senyap di kelab London berkenaan, Conte berpendapat Totenham Hotspur tidak berada dalam tekanan seperti kelab lain yang berada di dalam kedudukan 6 teratas EPL pada musim lalu untuk memenangi piala.

(Photo by Toby Canham/Getty Images)

“Saya mempunyai pertanyaan untuk Spurs: Apakah sasaran mereka pada musim hadapan?”

“Jika mereka tidak memenangi liga, ia bukanlah satu tragedi. Jika mereka gagal melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League (UCL), ia juga bukan satu tragedi.”

“Jika Spurs terkeluar di pusingan pertama UCL, ia juga bukan tragedi. Dan jika mereka tersingkir ke UEFA Europa League (UEL) dan tewas kepada Gent, ia juga bukan tragedi.”

“Mungkin bagi pasukan seperti Chelsea, Arsenal, Manchester City, Manchester United atau mungkin juga Liverpool, kegagalan sedemikian disifatkan sebagai satu tragedi”.

“Anda perlu mengambil kira status dan profil kelab tersebut.”

 

Conte turut mendedahkan bahawa Chelsea terlepas peluang untuk mendapatkan Kyle Walker yang mengambil keputusan untuk menyertai Manchester City dengan yuran perpindahan yang boleh menjangkau angka ₤50 juta.

“Kami cuba membeli Walker. Secara jujur, saya berpendapat semua pemain mempunyai tanda harga yang sangat mahal.”

“Anda membeli seorang bek kanan, seorang bek kiri dan seorang pertahanan tengah, dan Walker adalah pemain yang mahal.”

(Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

“Adalah sangat sukar untuk setiap pasukan untuk cuba menambah kualiti kepada skuad sedia ada sekarang ini,” ujar Conte.

Sumber:

1. Ed Aaron, The Guardian (2017): Chelsea’s Antonio Conte: Tottenham’s Harry Kane is worth at least £100m; https://www.theguardian.com/football/2017/jul/26/antonio-conte-harry-kane-chelsea-tottenham

2. Goal (2017): ‘If I had to buy one striker, I would go to Harry Kane’ – Conte; http://www.goal.com/en/news/8/main/2017/07/26/37351882/if-i-had-to-buy-one-striker-i-would-go-to-harry-kane-conte

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN