Zlatan Ibrahimovic Abadikan Diri Di Wang Kertas 1000 Kroner, Disamakan Dengan Benjamin Franklin!

Zlatan Ibrahimovic tidak pernah malu untuk mengakui kehebatan dan kebolehannya secara umum. Sebelum ini, Ibrahimovic telah menyamakan dirinya kepada Benjamin Button dan memiliki keupayaan seperti sebuah kereta Ferrari.

Malah beliau turut pernah menyamakan dirinya seperti seekor singa untuk menerangkan kehebatan dirinya sebagai seorang penyerang bola sepak yang digeruni.

Kali ini Zlatan Ibrahimovic tampil dengan satu lagi meme, menyamakan dirinya seperti pengasas Amerika Syarikat, Benjamin Franklin.

Instagram

Penjaring terbanyak skuad kebangsaan Sweden sepanjang zaman tersebut mengabadikan dirinya kepada wang kertas Sweden bernilai 1,000 kroner, dan memuat naik gambar dirinya bersama replika wang kertas tersebut kepada akaun media sosial instagram miliknya.

Ia kelihatan seperti cubaan meniru Benjamin Franklin yang turut diabadikan di dalam wang kertas Amerika Syarikat yang bernilai US $100.

Gambar Ibrahimovic bersama replika mata wang Sweden bernilai  1,000 kroner itu diambil oleh jurugambar yang dikenali sebagai Bingo Rimer, juga merupakan peminat Zlatan Ibrahimovic.

Malang bagi Ibrahimovic kerana wang kertas tersebut tidak mempunyai nilai kerana tidak diiktiraf sebagai mata wang negara Sweden.

Zlatan ibrahimovic disahkan mengalami kecederaan ACL dan akan berehat selama 9 bulan.

Menurut Forbes, Zlatan Ibrahimovic memperolehi pendapat daripada pelbagai sumber termasuk penajaan berjumlah $32 juta ketika bersama dengan Manchester United pada musim 2016-2017.

Kecederaan lutut (ACL) yang dialami beliau bersama kelab Manchester tersebut menyebabkan kontrak beliau yang berakhir pada 30 Jun yang lalu tidak disambung.

Bagaimanapun, Zlatan Ibrahimovic masih kekal di pusat latihan di Carrington untuk menjalani proses pemulihan.

Buat masa ini, pemain berusia 35 tahun yang telah memenangi pelbagai kejuaran di serata Eropah masih belum mempunyai kelab.

(Photo by Mikael Sjoberg/Ombrello/Getty Images)

Tidak dapat dipastikan apakah langkah seterusnya oleh Zlatan Ibrahimovic walaupun terdapat laporan daripada UK mengatakan Manchester United akan mengikat kembali pemain ini di masa hadapan.

Segalanya pasti akan bergantung kepada proses pemulihan daripada kecederaan ACL yang sedang beliau jalani.

Sumber:

1. Callum Davis, The Telegraph (2017): Zlatan Ibrahimovic immortalised in painting of a 1,000 krona Swedish banknote; http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/26/zlatan-ibrahimovic-immortalised-painting-1000-kroner-swedish/

2. Matthew Smith, Daily Mail (2017): Zlatan Ibrahimovic on the money again as Swedish striker is immortalised on 1,000 kroner note;
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4731846/Zlatan-Ibrahimovic-painted-version-1-000-kroner-note.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN