Thai Selangor FC, Sang Helang Yang Mahu Terbang Gagah Di Arena Bola Sepak Malaysia

Hari Migrasi Burung Sedunia (World Migratory Bird Day) adalah antara inisiatif tahunan oleh Conservation of Migratory Species of Wild Animals (CMS) dan Agreement on the Conservation of African-Eurasian Migratory Waterbirds (AEWA) untuk memberi kesedaran kepada aktiviti konservasif burung migrasi dan habitatnya.

Kedua-dua badan bebas tersebut dikelolakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersayu (PBB) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP).

Kebiasaanya Hari Migrasi Burung diadakan pada dua tarikh berbeza di seluruh dunia, iaitu pada bulam Mei, atau pun Oktober berdasarkan musim di benua-benua yang berbeza.

Kepentingan migrasi

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah sesetengah spesis burung memilih kehidupan nomad dan bermigrasi saban tahun. Untuk bermigrasi, burung perlu melakukan jarak penerbangan yang jauh – dan sudah pasti meletihkan.

Kegiatan yang dianggap melelahkan bagi kita manusia bagaimanapun mempunyai tujuan tersendiri bagi sesetengah spesis burung. Antaranya ialah perubahan iklim di bahagian-bahagian tertentu dunia, mencari tempat dengan sumber makanan yang lebih baik, atau pun untuk mencari kawasan baharu yang sesuai untuk proses pembiakan demi kelangsungan.

Masyarakat siam

Jika kehidupan burung yang cenderung untuk melakukan migrasi demi kelangsungan, maka ia juga boleh disamakan dengan masyarakat Siam di Malaysia.

Meskipun sejarah mereka di negara ini lebih panjang berbanding etnik Cina dan India, namun tidak banyak cerita mengenai orang Siam di sini yang didokumentasikan untuk pengetahuan umum.

Di dalam perlembagaan, masyarakat Siam Malaysia dikategorikan sebagai etnik bumiputera. Ini bermakna mereka mempunyai kedudukan sama rata dengan etnik-etnik lain seperti orang Melayu, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh, dan masyarakat Portugis Melaka.

Masyarakat Siam Malaysia atau pun lebih tepat rakyat Malaysia beretnik Thai pada satu masa dahulu menduduki beberapa negeri tertentu di Malaysia seperti Perlis, Kelantan dan Perak. Hari ini kira-kira 60,000 penduduk etnik Siam adalah warganegara Malaysia.

Ulang tahun Thai Selangor FC

Seperti rakyat Malaysia yang lain, masyarakat Siam di Malaysia juga meminati sukan bola sepak. Untuk itu, Thai Selangor FC (TSFC) telah ditubuhkan untuk dijadikan platform anak muda etnik Siam yang merantau ke Lembah Klang di Malaysia untuk berkecimpung di dalam bola sepak.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA BABY BERNAMA THAI SELANGOR FC.

Posted by Thai Selangor FC on Monday, June 10, 2019

Jika 11 Mei setiap tahun diraikan sebagai Hari Migrasi Burung Sedunia, 11 Jun pula adalah ulang tahun penubuhan Thai Selangor FC di negara ini. Ini bermakna TSFC berusia dua tahun sejak ditubuhkan

JERSI PASUKAN BOLA SEPAK THAI SELANGOR.

Thai Selangor mengorak langkah depan sekali lagi. Lencana Thai Selangor FC kali…

Posted by Thai Selangor FC on Thursday, May 16, 2019

Jika diperhatikan logo rasmi kelab TSFC, ia sebenarnya terdiri daripada lambang seekor burung helang yang berdiri di atas sebiji bola. Secara literal, ia merujuk kepada masyarakat Siam Malaysia yang bermaustin di negeri utara tanah terutamanya di Negeri Perlis, Kedah , Perak , Kelantan yang terpaksa berhijrah kawasan Lembah Klang untuk mencari rezeki.

Bersaing di dalam kancah  Liga Komuniti Puchong dan City League, TSFC juga mengimpikan untuk beraksi di Selangor Champions League – liga dan pertandingan elit yang dianggap mampu dijadikan platform untuk melonjakkan kelab-kelab liga sosial dan komuniti di Selangor.

Pencapaian lalu

Untuk tempoh dua tahun sejak penubuhan pada 2017, TSFC yang turut mendapat jolokan ‘The Siamese Brother’s’ ini telah menyertai pelbagai pertandingan peringkat amatur di dalam dan luar negara. Menariknya, TSFC bukan sahaja menyertai bola sepak padang, tetapi turut aktif di dalam sukan futsal.

Antaranya ialah DD Social League, dan juga Klang Valley Divisyen 2 (M5). Mereka juga muncul naib juara kejohanan Shah Alam Challenger pada 2017. Tahun berikutnya pula TSFC muncul juara Lingua Franca International Invitation Cup 2018 – sebuah kejohanan antarabangsa yang turut disertai oleh beberapa kelab sosial dari negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

Sang Helang mahu terbang tinggi

Sasaran TSFC buat masa ini ialah untuk menjuarai Liga Komuniti M4 yang disertai mereka. Ini bagi memastikan TSFC mendapatkan slot untuk peringkat pertandingan yang lebih tinggi pada masa hadapan seperti untuk bertanding di Piala FAM, pusingan kelayakan Piala FA dan juga play off ke Liga M3 menjelang 2020.

Ini adalah impian dan sasaran jangka masa panjang kelab yang berpengkalan di Puchong ini – sekaligus untuk menhadirkan impak kepada industri bola sepak negara.

Serius mengorak langkah dalam arena bola sepak dalam negara, Thai Selangor FC turut mengadakan beberapa program di luar padang, seperti pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Saudara Izham Ismail. Ini dilakukan demi memastikan pemain-pemain dab barisan pengurusan TCFC memahami selok belok bola sepak profesional

Penutup

Dua tahun mungkin usia yang masih muda bagi sebuah kelab bola sepak. Namun dengan keazaman yang tinggi, beserta urus tadbir profesional tidak mustahil satu hari nanti Sang Helang ini mampu muncul sebagai pencabar utama di saingan tertinggi bola sepak negara.

Buat Thai Selangor FC, selamat menyambut ulang tahun ke-2 daripada kami. Semoga semua impian menjadi kenyataan satu hari nanti.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN