Quantcast

BERITA

RASMI: Paulo Fonseca Diumum Sebagai Pengurus Baharu AS Roma

Paulo Fonseca telah dinamakan sebagai pengurus baharu Roma dengan kontrak selama dua tahun selepas meninggalkan kelab Ukraine, Shaktar Donetsk.

Pengurus berusia 46 tahun ini akan menggantikan pengurus veteran, Caludio Ranieri. Fonseca sebelum ini telah bersama Shaktar Donetsk selama tiga musim, dan kontrak beliau bersama Roma memberi pilihan kepada beliau untuk kekal di Roma sehingga musim panas 2022.

“Saya amat teruja dan kini amat bermotivasi untuk menghadapi cabaran,” ujar Fonseca yang turut pernah melatih Porto dan Braga di Portugal.

Mengulas pelantikan tersebut, Presiden Roma, Jim Pallota menyifatkan Fonseca sebagai seorang pengurus yang mempunyai pengalaman antarabangsa dan bercita-cita tinggi.

“Paulo [Fonseca] ialah seorang yang memiliki cita-cita, kaya dengan pengalaman antarabangsa, memiliki mentaliti untuk menang dan juga reputasi dalam corak bola sepak menyerang,” jelas Pallota.

Fonseca memenangi kejuaraan liga dan pertandingan piala domestik – juara berganda – sepanjang tempoh tiga tahun beliau di Ukraine, dan turut memenangi Piala Super Ukraine pada 2017.

“Saya tidak sabar untuk berpindah ke Rom, bertemu penyokong dan mula bekerja,” tambah Fonseca lagi.

“Bersama-sama, saya yakin kita boleh mencapai sesuatu di sini.”

Roma mengakhiri saingan Serie A du tangga keenam pada musim lalu, dan akan beraksi di pertandingan UEFA Europa League pada musim hadapan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!