TFC Akui Berminat Dapatkan Khidmat Evan Dimas

Evan Dimas TFC

Terengganu Football Club (TFC) yang bakal beradu kekuatan dalam saingan Piala AFC 2021 dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Evan Dimas bagi memperkuatkan jentera tengah skuad kendalian Nafuzi Zain itu pada musim hadapan.

Pemain skuad kebangsaan Indonesia itu bukan asing dalam kancah bola sepak Malaysia apabila beliau pernah menyarung jersi Selangor pada musim 2018 bersama rakan senegara, Ilham Udin Armaiyn.

Perkembangan terbaharu berhubung minat daripada TFC itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO),  Mohd Sabri Abas menurut sumber dikeluarkan Berita Harian (BH) Online, semalam.

Mohd Sabri mengakui bahawa pihaknya jelas berminat untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menghadapi musim baharu yang dijadualkan bermula 26 Februari itu.

Bagaimanapun, terdapat kekangan dari segi kewangan berkemungkinan memaksa TFC untuk mencari pemain lain bagi menggantikan pemain import kuota ASEAN, Muhammad Faris Ramli yang sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong kelab tersebut.

”Sebelum ini kita ada mengintai pemain dari ASEAN sebab kita memang perlukan untuk mengisi kuota berkenaan sebagaimana yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

”Tapi disebabkan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pemain itu (Evan Dimas) bukan dalam kemampuan, kita tidak jadi untuk mengambil pemain dari Indonesia itu.

“Bagi mengisi kuota berkenaan, kita akan berusaha mencari pemain lain yang bersesuaian dengan kemampuan kita bagi mengelak timbulnya masalah kewangan kepada pasukan nanti,” ujar Mohd Sabri menjelaskan keadaan yang dihadapi TFC.

Kredit featured image: Allsport Co./Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai pemain import Indonesia di Malaysia:

Evan Dimas Dan Ilham Udin Armaiyn Kembali Perkuatkan Selangor

Rahsia Harimau Malaya Dalam Kocek Andik Vermansyah

Dipanggil Saat Akhir, Saddil Ramdani Umpama ‘Perisik’ Sang Garuda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN