Faisal Halim Tak Mahu Terburu-Buru Pilih Pasukan Baharu

Faisal Halim

Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan muktamad berhubung perjalanan kariernya bagi menghadapi musim baharu selepas kontrak beliau bersama Pahang bakal tamat pada penghujung bulan ini.

Nama pemain muda kelahiran Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu sebelum ini telah dikaitkan dengan kelab yang bakal bersaing dalam kempen Piala AFC  Terengganu FC (TFC). Selain itu, Selangor turut dikatakan berminat untuk membawa Faisal ke Shah Alam.

Faisal merasakan amat penting buatnya untuk berhati-hati dalam memperhalusi setiap keputusan bakal diambil bagi memastikan langkah tersebut menjanjikan masa depan yang lebih terjamin pada ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 hanya yang akan bermula pada 26 Februari.

Dalam perkembangan sama, menurut sumber MyMetro, Faisal tanpa berselindung mendedahkan beliau menerima tawaran menarik daripada beberapa pasukan untuk mendapatkan khidmatnya.

“Bohong kalau saya cakap tak ada pasukan yang tampil menawarkan kontrak bermain musim depan selepas kontrak bersama Tok Gajah tidak disambung, namun sebagai pemain profesional banyak perkara yang perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.”

“Kebanyakan tawaran yang saya terima semuanya menarik belaka, justeru agak sukar untuk memilihnya. Saya perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir sebelum keputusan muktamad dibuat,” ujar Faisal bercakap kepada wartawan MyMetro.

“Saya berharap peminat bola sepak tempatan dapat mendoakan kejayaan saya dengan pasukan baharu musim depan, saya berjanji akan memberi persembahan terbaik demi kejayaan pasukan.

“Peluang yang diberikan akan digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya yang berharap terus terpilih mewakili negara di pentas antarabangsa selepas ini,” tambah Faisal Halim lagi.

Faisal mula menyertai Pahang pada musim 2016 selepas berpindah daripada Pulau Pinang dan kejayaan menjuarai kempen Piala FA bagi dua musim berturut-turut menjadi kenangan termanis buatnya sepanjang menyarung jersi skuad Tok Gajah itu.

Kredit featured image: How Foo Yeen/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Faisal Halim:

Enggan Terlepas Aksi Piala Malaysia, Faisal Halim Mahu Cepat Pulih Dari Kecederaan

Piala Malaysia: Dollah Salleh Lega Faisal Halim Bangunkan Pahang Daripada ‘Lazy Football’

Faisal Halim, Dickson Nwakaeme Sah Tidak Lagi Bersama Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN