Tewaskan Negeri Sembilan, PKNP FC Terus Hidupkan Peluang Rebut Tempat Ke Liga Super 2018

PKNP FC

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) masih berada dalam persaingan bagi merebut dua slot ke Liga Super 2018 apabila berjaya menumpaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1 pada perlawanan Liga Perdana 2017 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Perlawanan berlangsung dalam keadaan padang basah akibat hujan yang turun di Ipoh sebelum perlawanan bermula. Bagaimanapun keadaan itu tidak mengganggu aksi menarik yang disajikan kedua-dua pasukan pada babak pertama.

PKNP FC terlebih dahulu mengancam ke kubu Negeri Sembulan yang dikawal Mohamad Kaharuddin menerusi rembatan dari jarak dekat yang dilakukan berjaya dihalang Kaharuddin.

Tidak cukup dengan itu, Shahrel Fikri pula melakukan percubaan setelah berjaya melepasi kawalan tiga orang pemain di luar kotak penalti lalu melakukan rembatan, namun percubaan tersebut ditangkap kemas penjaga gol pelawat.

Negeri Sembilan yang turun dengan misi meraih kemenangan turut mencipta satu peluang mennghasilkan jaringan, namun sepakan luar kotak penalti dari Mohd Shazlan Alias ditangkap kemas Ahmad Asyraaf Omar.

PKNP FC berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan pada minit ke-18 menerusi rembatan padu dari luar kawasan penalti yang dilakukan Gilberto Veldenesio setelah menerima hantaran Hyeon Woo Nam yang terus menerjah gawang pelawat.

Tidak cukup dengan itu, PKNP FC terus memperkukuhkan kedudukan selang 3 minit kemudian, kali ini giliran pemain sensasi, Shahrel Fikri pula meledakkan jaringan kedua setelah menyempurnakan rembatan susulan setelah percubaan pertama beliau ditepis Kaharuddin.

Jaringan tersebut seolah-olah mengejutkan Negeri Sembilan dari lamunan apabila berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-26 berpunca dari sepakan cantik dilakukan ketua pasukan, Lee Andrew Tuck yang tidak dapat diselamatkan Asyraaf.

Kedudukan babak pertama berakhir dengan 2-1 memihak buat tuan rumah.

Separuh masa kedua

Negeri Sembilan memperkemaskan aksi pada babak kedua dengan melakukan beberapa siri serangan yang memaksa pertahanan PKNP FC bekerja keras.

Bruno Junichi Suzuki yang hanya berhadapan dengan penjaga gol namun gagal menyudahkan peluang yang dimiliki apabila rembatannya berjaya dinafikan Asyraaf.

Pada minit ke-57 Aroon Kumar pula hanya berhadapan dengan Asyraaf tetapi kegopohannya menggagalkan usaha tersebut apabila percubaan dilakukan tersasar.

Kealpaan bahagian pertahanan PKNP FC semakin terserlah apabila Bruno sekali kali tidak dikawal, bagaimanapun Asyraaf bertindak cemerlang menepis percubaan yang dilakukan pemain import dari Jepun itu.

Dalam keghairahan Negeri Sembilan memburu jaringan, Gilberto sekali lagi meledakkan jaringan kedua peribadi beliau dan menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-62.

Perlawanan turut dicemari dengan dua pemain diperintah keluar padang akibat perbalahan diantara Gilberto dan Nik Mohd Shahrul Azim pada minit ke-86.

Kemenangan tersebut meletakkan PKNP FC ditangga ketiga liga setelah mengumpul 40 mata dengan permainan hanya berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

PKNP FC – Ahmad Asyraaf Omar (Penjaga Gol), Mohamad Syamin Baharuddin, Ritus Krjauklis, Muhamad Syazwan Zaipol Bahari, Ahmad Azraei Omar (Muhammad Hafiz Mohd Fauzi), Ahmad Sukri Ab Hamid (Vincent Lucas), Muhammad Fadhil Idris, Hyeon Woo Kim, Mohd Irwan Syazmin (Deevan Raj Siva Balan), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Ketua Pasukan) & Gilberto Valdenesio

Negeri Sembilan – Mohamad Kaharuddin (Penjaga Gol), Mohd Shazlan Alias (Farderin Kadir), Nik Mohd Shahrul Azim, Nemanja Vidic, Mohd Noor Hazrul, Sean Eugene Selvaraj (Khairul Anwar Shahrudin), Aroon Kumar Ramaloo, Mohammad Faizal Abu Bakar (Mohamad Izzudin Zainudin), Lee Andrew Tuck (Ketua Pasukan), Bruno Junichi Suzuki & Jonathan Hendri Desire William

Kredit foto : PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN