Kick It Out Minta Penyokong United Hentikan ‘Chant’ Lukaku Kerana Ada Unsur Perkauman

Romelu Lukaku

Minggu lalu Kick It Out memberikan sokongan kepada kenyataan rasmi kelab Chelsea yang meminta penyokong mereka berhenti menyanyikan lagu Alvaro Morata yang ada unsur anti Yahudi.

Terbaru, pertubuhan Kick It Out meminta penyokong Manchester United pula berhenti menyanyikan lagu Lukaku yang dituduh mereka berunsurkan perkauman.

Romelu Lukaku,

“He’s our Belgium scoring genius,

He’s got a 24 inch penis,

Scoring all the goals,

B*****d (di** he**) to his toes.”

Jurucakap Kick It Out berkata:

“Kami mendapati lirik lagi itu ofensif dan juga ada unsur diskrimnasi. Lirik yang ada stereotaip perkauman tidak boleh diterima dalam bola sepak dan masyarakat yang lebih besar.”

“Ia satu penghinaan ketika menunjukkan sokongan kepada pemain. Kami sudah menghubungi Manchester United dan akan bekerjasama lebih dekat dengan FA untuk memastikan isu sebegini dapat diselesaikan dengan lancar.”

Isu ini sebenarnya telah dibangkitkan oleh penulis blog The Republik Of Mancunia, Scott Patterson yang juga pemegang tiket bermusim di Old Trafford.

Patterson menulis:

“Dia (Lukaku) adalah pemain yang berbakat besar, ketika ini dia menjadi penjaring terbanyak dalam liga, dan penyokong meraikan golnya dengan menyorak saiz kemaluannya.”

“Ia satu penghinaan murah stereotaip yang tidak ada tempat lagi pada hari ini.”

Ramai juga penyokong Manchester United kecewa dengan Kick It Out dan Patterson yang dianggap mereka mengada-adakan benda yang tidak ada.

Mereka tidak ada niat langsung untuk menyerang Lukaku secara perkauman di dalam ‘chant’ tersebut. Ia hanyalah satu gurauan.

Mereka juga menuduh Kick It Out yang sebenarnya perkauman kerana mendengar saiz kemaluan Lukaku 24 inci terus mengaitkannya dengan orang kulit hitam. Lirik itu mungkin agak lucah tetapi mereka tiada niat bersikap perkauman.

Macam-macam!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN