Ayahanda FC & ETE FC Berkongsi Mata Dalam Aksi Epik TAL2017 Yang Berakhir 4-4!

Terengganu Amateur League (TAL2017) kini sudah memasuki saingan pertengahan liga apabila kesemua pasukan sudah mengharungi 5 perlawanan.

Minggu ke-5 merupakan minggu yang cukup penting buat kesemua 20 pasukan yang bertanding apabila mereka dibenarkan mendapatkan pemain baharu menerusi minggu perpindahan yang dilangsungkan pada pertengahan liga.

Liga Super

Aksi Liga Super untuk TAL2017 menyaksikan 5 pasukan mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Separa Elit terpaksa menanggung kekalahan ditangan Island FC selepas mereka tewas 1-0 hasil jaringan Mohd Syafiq pada minit ke-19.

PBSMT Lanjerket berjaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas pasukan atasan liga iaitu Kebilal Markless apabila menang dengan jaringan 2-0.

Mohammad Hafizan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-36 sebelum Ahmad Haffizi menjaringkan gol kedua 10 minit kemudian.

Delima Warriors pula gembira apabila mencatatkan kemenangan tipis ke atas UMT-Pemanis FC.

Gol dari Mohd Zamani pada minit ke-36 sudah cukup untuk memberikan luka kepada UMT-Pemanis FC.

Gambar: TAL

CND FC pula mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perkasa Alam. Kali ini dengan jaringan 2-1.

Mohamad Shukri menjaringkan gol untuk CND FC pada minit ke-21 sebelum Mohamad Hakim menyamakan kedudukan pada minit ke-70 untuk Perkasa Alam.

Penyudah menerusi Norikhwan memberikan 1000 keriangan buat CND FC apabila gol beliau pada minit ke-84 memberikan 3 mata buat CND FC.

TFFC pula merakamkan kekalahan apabila tewas tipis 1-2 ditangan Gemuda FC.

Gol pembukaan oleh Khairul Rizwan pada minit ke-16 untuk TFFC dipadamkan oleh 2 gol dari Mohammad Fahmi dan juga Mohammad Imran pada minit ke-29 dan minit ke-34.

Liga Perdana

Aksi Liga Perdana untuk minggu ke-5 menyaksikan beberapa keputusan dengan jumlah jaringan yang besar dihasilkan.

Dalam aksi diantara Young Titans menentang Besut FA, keputusan 1-1 dicatatkan kedua-dua pasukan selepas Ahmad Amirul menjaringkan gol untuk Young Titans sebelum disamakan oleh penalti Syahid Azrai pada minit ke-51.

Real Chukai pula tewas tipis ditangan BTK FC. Gol tunggal oleh Muhammad Firdaus pada minit ke-63 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat BTK FC.

Sixma FC pula berjaya memperoleh kemenangan selesa ke atas BGD FC menerusi kemenangan 2-0.

Asyraf Zaquan menjaringkan gol untuk Sixma FC pada minit ke-72 sebelum ditambah dengan jaringan oleh Amirul Hakim pada minit ke-85.

Curve FC pula menanggung kekalahan 3-0, kali ini ditangan Pikat FA.

Nazril Shahmir menjaringkan gol pembukaan Pikat FA pada minit ke-30 sebelum ditambah dengan penyudah hasil Mohd Shamil pada minit ke-32.

Fahmi kemudiannya melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada minit ke-90 untuk memberikan tekanan kepada Curve FC yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan.

Keputusan tumpuan adalah ketika aksi melibatkan Ayahanda FC dan juga ETE FC.

Ayahanda FC memperoleh gol awal menerusi Mohd Hafizul pada minit pertama perlawanan sebelum ETE FC menjaringkan 3 gol untuk meletakkan mereka 3-1 dihadapan.

Gambar: TAL

Ibrahim menyamakan kedudukan untuk ETE FC pada minit ke-16 dengan gol oleh Ahmad Faizol pada minit ke-20 dan minit ke-29 memberikan pendahuluan yang penuh selesa untuk ETE FC.

Nashrul Fakhri cuba merapatkan jurang dengan menjaringkan gol kedua Ayahanda FC pada minit ke-31 namun Azman Farhan menjaringkan gol ke-4 ETE FC dengan penyudah berkesan pada minit ke-50.

Namun hajat 3 mata ETE FC tidak kesampaian apabila Akid Sabilla muncul wira di minit-minit akhir apabila menjaringkan gol pada minit ke-80 dan juga minit ke-87 untuk menyelamatkan 1 mata buat Ayahanda FC.

Berikut merupakan keputusan penuh minggu ke-5 TAL2017:

Liga Super

  • Separa Elit 0-1 Island FC
  • PBSMT Lanjerket 2-0 Kebilal Markless
  • UMT-Pemanis FC 0-1 Delima Warriors
  • CND FC 2-1 Perkasa Alam
  • TFFC 1-2 Gemuda FC

Liga Perdana

  • Real Chukai 0-1 BTK FC
  • Young Titans 1-1 Besut FA
  • Ayahanda FC 4-4 ETE FC
  • Sixma FC 2-0 BGD FC
  • Pikat FA 3-0 Curve FC

Berikut merupakan kedudukan liga bagi TAL2017 selepas 5 perlawanan:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN