Hasrat Malaysia bawah 23 (B-23) untuk mencatat kemenangan kali ketiga dalam saingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 tidak kesampaian selepas mereka merekodkan kekalahan kepada Thailand buat pertama kali bagi peringkat Kumpulan H.
Malaysia yang mengejar slot ke Piala Asia 2024 jelas mahu mencipta kemenangan bagi menerajui Kumpulan H selepas mereka terikat enam mata sebelum itu bersama Thailand.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | Selasa, 12 September 2023
THAILAND 🇹🇭 1-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Yotsakon Burapha 20’#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/3TyiO2yLak
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2023
Namun peluang itu dilihat semakin sukar setelah mereka gagal untuk meledak sebarang gol setelah ketinggalan 0-1 sebelum itu menerusi penyerang Thailand, Yotsakon Buphara sambil Malaysia jelas begitu lesu di posisi hadapan.
Pada awal permainan menyaksikan kedua pasukan seimbang mengawal permainan dengan sesekali Malaysia hadir untuk mengatur serangan menerusi penyerang lincah negara, Luqman Hakim Shamsudin.
Malaysia jelas lebih mendominasi permainan dengan siri serangan dicipta mereka dari pelbagai arah untuk mendapatkan gol pertama dengan lawan lebih banyak bertahan di kubu sendiri menyerap asakan pelawat.
Nooa Laine hampir membuka jaringan awal buat pasukan negara menerusi satu sepakan jarak jauh, sebelum ianya sedikit tersasar untuk menyelamatkan seketika gawang gol Thailand pada minit ke-10.
Thailand akhirnya terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi Yotsakon Burapha yang tenang menyambut hantaran silang dari sebelah kiri Malaysia untuk menewaskan Sikh Izhan Nazrel.
Aliff Izwan cuba memberi reaksi pantas menerusi satu percubaan tepat beliau pada minit ke-24 sebelum ianya ditangkap dengan begitu kemas oleh penjaga gol tuan rumah.
Memasuki 30 minit perlawanan, intensiti yang dipamerkan oleh barisan serangan negara sedikit menurun dengan setiap gerakan cuba dicipta berjaya dihalang begitu baik oleh Thailand.
Bersambung di separuh masa kedua, jelas tuan rumah meningkatkan intensiti permainan dengan siri serangan pantas dilancarkan pasukan tersebut untuk menekan Malaysia di pelbagai arah.
Beberapa perubahan dilakukan Malaysia di separuh masa kedua jelas tidak begitu memberi impak yang besar dengan sebahagian besar perlawanan masih menjadi milik tuan rumah.
Memasuki minit-minit akhir perlawanan, Thailand jelas memperlahankan rentak permainan dengan lebih banyak bertahan di kubu sendiri untuk menghalang kebangkitan Malaysia.
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan kekalahan menjadi milik Malaysia selepas ditewaskan oleh Thailand menerusi keputusan penuh 0-1 di Stadium Chonburi.
Separuh Masa
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | Selasa, 12 September 2023
THAILAND 🇹🇭 1-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Yotsakon Burapha 20’#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/iHbKCGFprF
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2023
Ini menyaksikan Thailand juga berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2024 sambil Malaysia perlu menunggu keputusan perlawanan lain untuk mengetahui jika mereka mampu mendapatkan juga slot tersebut.
Kesebelasan utama
Thailand: Thirawooth Sraunson (Penjaga gol), Phongsakon Trisat, R. Chatmongkol, Songchai Thongcham, Airfan Doloh (Kapten), Channarong Promsrikaew, Teerasak Poeiphimai, Yotsakon Burapha, Purachet Thodsanid, Pharadon Phatthaphon, Chanapach Buaphan
Malaysia: Sikh Izhan Nazrel (Penjaga gol), Muhammad Ubaidullah Shamsul, Ruventhiran Vengadesen, Harith Haiqal Adam, Muhammad Azam Azmi, Muhammad Mukhairi Ajmal (Kapten), Aliff Izwan, Luqman Hakim Shamsudin Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Fergus Tierney