Ketajaman T. Saravanan Sedia Beri Igauan Ngeri Buat Thailand

Penyerang muda Malaysia bawah 23 (B-23) iaitu T. Saravanan antara tumpuan utama pada perlawanan hari ini bagi aksi terakhir kelayakan Piala Asia B-23 2024 peringkat Kumpulan H.

Malaysia bakal berdepan pasukan tuan rumah, Thailand dengan aksi bakal berlangsung di Stadium Chonburi bagi mengetahui jika skuad kebangsaan mampu layak atau tidak ke pusingan terakhir Piala Asia tahun hadapan.

Menerusi dua perlawanan yang sudah pun dilalui Malaysia setakat ini, skuad kendalian E. Elavarasan berjaya memberi impak cukup besar selepas mencatat kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi sebarang gol.

Malah, Malaysia juga membuktikan ketajaman mereka dengan cukup bagus di posisi hadapan setelah mengumpul enam jaringan secara keseluruhan daripada dua perlawanan dihadapi.

Salah seorang pemain yang memberi impak cukup besar dalam penghasilan gol pastinya terarah kepada Saravanan yang kini sudah pun mencipta dua jaringan secara keseluruhan buat pasukan negara.

Saravanan yang dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang Filipina lalu tampil selaku pemain paling mencuri tumpuan menerusi ketajamannya yang diakui sangat berkesan buat Filipina.

Beraksi bersama Kuala Lumpur City (KL City) musim ini, keyakinan serta ketenangan ditampilkan beliau di hadapan gol jelas semakin baik dan pastinya Saravanan bakal diberi peluang untuk aksi hari ini.

Selain tajam di hadapan gol, pemain ini juga memiliki kelincahan dalam mengawal bola untuk memperdayakan pertahanan lawan dengan cemerlang selain sentiasa berada di kedudukan tepat bagi menerima umpanan rakan sepasukan.

Fergus Tierney

Kerajinan dimiliki penyerang bertubuh tegap ini sukar untuk dinafikan, selepas beliau antara paling aktif berada di sekeliling kawasan untuk menerima bola serta membantu pertahanan negara ketika situasi diserang.

Selain memiliki kualiti penyudah yang cukup bagus di hadapan gol, Tierney juga merupakan pemain yang bijak melepaskan lorongan berbahaya buat rakan sepasukan lain mendapatkan gol.

Malah, Tierney juga bijak menggunakan susuk fizikal tingginya untuk memenangi cabaran bola di udara serta memainkan peranan penting pada situasi sepakan percuma.

Harith Haiqal

Pertahanan muda negara ini antara yang paling menonjol selepas diturunkan selaku kesebelasan utama sebanyak dua kali menerusi kualiti dimiliki beliau.

Musim ini, Harith menjadi antara pertahanan muda paling menonjol buat negara selepas sumbangan besarnya buat Selangor turut dikekalkan momentum tersebut bersama Malaysia dan antara dipuji para penyokong menerusi media sosial.

Malah, Harith juga antara pertahanan negsra yang memiliki kualiti penyudah cukup cemerlang serta telah dibuktikan pada aksi lalu ketika menentang Filipina menerusi sepakan dari jarak jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN