Alif Ikmalrizal: “Selaku Penyerang Negara, Tekanan Itu Perkara Biasa”

Penyerang berbisa skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) negara iaitu Alif Ikmalrizal sedia membuktikan sesuatu yang positif jika diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan H bagi saingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Thailand.

Musim ini boleh dianggap segalanya serba menyakinkan buat Alif selepas membuktikan dirinya selaku penyerang diharapkan pasukan negara sejak aksi Piala AFF lalu di Rayong, Thailand.

Penyerang muda yang mewakili Penang dalam aksi Liga Super 2023 itu musim ini turut mencipta reputasi tinggi di pentas antarabangsa bersama Malaysia B-23 pada saingan Piala AFF lalu selepas dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Maka, tidak salah kenapa E. Elavarasan terus mengekalkan nama pemain muda ini untuk memperkukuhkan pasukan negara bagi kelayakan Piala Asia kali ini di Chonburi, Thailand.

Sepanjang dua aksi peringkat kumpulan ini, Alif masih lagi belum menemui kualiti penyudah beliau walaupun berjaya memberi impak cukup besar di bahagian serangan.

Pastinya pemain tersebut berharap pada aksi terakhir hari ini mampu dinoktahkan kepada bentuk jaringan atau sumbangan besar sekurangnya buat negara ketika menentang Thailand.

Jelas Alif, ketika ini persiapan yang dibuat segalanya berjalan dengan lancar dengan tiada sebarang kecederaan dialami untuk memberi sumbangan buat negara.

“Alhamdulillah, saya rasa semua pemain ketika ini tiada seorang puun mengalami kecederaan atau tidak sihat untuk memberi sumbangan 100% buat Malaysia pada hari perlawanan.

“Persiapan saya kini, berharap bila diberi peluang pada malam ini saya bakal membuat segalanya yang terbaik untuk membantu pasukan mara ke pusingan seterusnya.

“Selaku penyerang negara, pada pandangan saya tekanan dihadapi itu merupakan perkara biasa dan saya harap dapat memberi sumbangan tertentu buat Malaysia dengan positif.

“Bila jurulatih sudah memberi peluang pada saya, beraksi malam ini sudah tentu saya ingin memberi yang terbaik dan saya harap para penyokong akan terus memberi sokongan buat kami semua,” jelas Alif.

Selain Alif, Malaysia turut diperkuatkan di posisi serangan dengan pemain lain seperti Fergus Tierney, Aliff Izwan, Luqman Hakim, T. Saravanan, serta Najmudin Akmal untuk berdepan Thailand.

Persaingan sihat di posisi tersebut pastinya memberi ruang buat E. Elavarasan untuk mengatur strategi berguna bagi mendapatkan gol penting pada perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN