Bekas Penyerang Negara Sokong Kim Pan-gon Kekal Bersama Malaysia

Bekas penyerang berbisa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berharap supaya masa depan pengendali Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon bersama Malaysia dapat dikekalkan dengan lebih lama pada masa hadapan untuk perkembangan positif bola sepak negara.

Kim sebelum itu telah pun mencipta fenomena tersendiri buat bola sepak Malaysia, selepas impak positif yang diberikannya berjaya merubah menjadi lebih positif berbanding sebelum ini.

Malah, pengendali dari Korea Selatan itu juga telah membantu Malaysia untuk melakar rekod mara ke saingan Piala Asia tahun hadapan secara merit selepas penantian selama 42 tahun dalam kalangan penyokong setia Harimau Malaya.

Walaupun pada awalnya reputasi Kim dipertikaikan dalam segelintir penyokong tempatan kerana rekod dibawa jurulatih tersebut kurang memberansangkan ketika bersama skuad kebangsaan Hong Kong.

Kini, Kim telah membuktikan mengapa sentuhan emasnya membawa nama Malaysia kembali digeruni serantau Asia Tenggara bersama prestasi sangat menyakinkan.

Maka, tidak hairan mengapa Akmal turut memuji akan kualiti telah dipamerkan oleh Kim sepanjang penglibatan beliau selaku jurulatih utama pasukan kebangsaan.

“Saya lihat Pan-gon seorang jurulatih asing yang berjaya memberi keyakinan dan kematangan kepada setiap pemain dan pasukan kita. Walaupun sebelum ini ada jurulatih asing, tapi Pan-gon berjaya menerapkan sesuatu dengan memberi keyakinan pada pemain.

“Bagi saya kalau Pan-gon ingin kekal, kita perlu memberi sokongan dan (Persatuan Bolasepak Malaysia) FAM boleh melihat ruang-ruang yang boleh ditingkatkan lagi agar kita dapat meneruskan kemajuan di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Untuk rekod, kontrak Kim bersama pasukan negara dijangka bakal tamat pada bulan Februari atau Mac depan dengan lanjutan seterusnya pasti ditagih oleh penyokong Malaysia selepas melihat sumbangan pengendali tersebut untuk Malaysia.

Malah, Kim juga berpeluang untuk melakar satu lagi sejarah baharu bola sepak negara dengan cuba merebut salah satu slot ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat nanti.

Pada masa sama, Akmal turut memuji tindakan FAM yang berjaya mendapatkan khidmat Kim pada awal tahun lalu, sehingga suasana bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa tampil dengan perubahan begitu ketara daripada segi corak permainan.

“Saya memuji langkah FAM yang memikat Pan-gon hingga adanya gelombang perubahan dalam skuad negara. Pan-gon bijak mengadun pemain mengikut falsafah yang beliau mahukan dan menambah keyakinan kepada pemain untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Rekod terbaharu menyaksikan Kim berjaya memastikan Malaysia bukan lagi pasukan belasahan di pentas antarabangsa selepas mengikat seri dua negara yang berada di bawah ranking 100 sebelum ini iaitu Syria dan China di Chengdu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN