Kim Pan-gon Hargai Sokongan Penuh FAM & JDT Buat Malaysia

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon jelas berbangga dengan aksi dipamerkan oleh para anak buahnya semalam, setelah kejayaan mereka untuk mengikat China dengan keputusan penuh 1-1 di Stadium Phoenix Hill, Chengdu.

Sebelum itu, Malaysia telah pun mengikat Syria dengan keputusan seri 2–2 pada perlawanan sulung bagi aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Chengdu sebelum turut mencipta kejutan ketika berdepan China.

Tampil dengan senarai pemain terbaik telah dibawa pengendali tersebut, jelas Malaysia berjaya mempamerkan aksi cukup berkualiti untuk memberi saingan sengit buat kedua pasukan tersebut yang berada pada kedudukan ranking lebih baik berbanding skuad negara.

Untuk aksi semalam, Faisal Halim menjadi wira buat pasukan negara selepas beliau cemerlang menyambar hantaran daripada Akhyar Rashid untuk meletakkan Malaysia terlebih dahulu di hadapan sebelum tuan rumah kembali menyamakan kedudukan.

Jelas Kim, beliau berpuas hati dengan perlawanan tersebut selepas melihat skuad kendaliannya menentang pasukan sekuat China di Asia kini.

“Pada pandangan saya ianya merupakan perlawanan yang sangat bagus selepas kita dapat menentang pasukan sekuat China yang berada di ranking 80 kini.

“Kami banyak belajar daripada perlawanan ini dengan begitu baik dan saya sangat gembira dengan apa telah diberikan Malaysia pada malam ini (semalam) dan bangga dengannya,” jelas Kim.

Pada masa sama, Kim juga menyatakan beliau tidak ada sebarang kritikan ingin diberi kepada barisan pemain negara semalam mengenai corak permainan telah ditampilkan mereka.

Malah, pengendali dari Korea Selatan itu berpuas hati dengan keputusan penuh perlawanan dan mempelajari banyak perkara untuk tampil lebih baik pada masa akan datang.

Beliau juga mengakui China sebagai suatu pasukan yang cukup kuat untuk dihadapi pada perlawanan tersebut dan menyatakan segala pelan dirancang buat negara sebelum itu berjalan lancar.

“China merupakan sebuah pasukan yang sangat kuat, dan kami berhasil menghadapi mereka dengan pelan diterapkan berjalan lancar walaupun kadangkala mengalami kesukaran untuk mengekang mereka.

“Untuk pandangan saya sendiri, pemain telah bermain dengan semangat yang kuat dan sudah tentu saya sangat berbangga dengan apa telah dilakukan oleh Malaysia.

“Sebelum itu saya ada menyatakan kepada pemain yang mereka mampu untuk melakukan lebih daripada sepatutnya dan bola sepak Malaysia mempunyai banyak potensi.

“Tetapi mereka enggan percaya kepada diri sendiri, kami cuba memperbaiki beberapa titik kelemahan dan saya mahu bola sepak Malaysia lebih aktif menguasai perlawanan agresif serta tidak takut kepada mana lawan dihadapi.

“Pemain berjaya menyahut cabaran itu dengan berusaha bersungguh-sungguh dan kami cuba membanggakan para penyokong setia bola sepak Malaysia.

“Kami tahu China merupakan pasukan yang kuat, tetapi kami tekad untuk tidak sesekali takut dan cuba sehabis baik untuk menguasai permainan, agresif, dan kekalkan identiti bola sepak Malaysia dan kami cuba untuk mencipta sejarah baharu untuk mencapai sasaran diingini,” kata Kim lagi.

Kim juga menyatakan segalanya berjaya berjalan lancar kerana beliau turut mendapat sokongan penuh daripada sekeliling untuk bola sepak Malaysia kini.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa memberi sokongan penuh buat kami termasuk kelab liga tempatan, terutama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sentiasa memberi pemain terbaik ini menjadikan saya sangat menghargai perkara tersebut,” ujar Kim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN