Ini merupakan satu perkara yang kami cukup tidak suka.
Adalah satu tindakan yang kurang bijak jika seorang lelaki mengeluarkan komen berbaur sexism kepada seorang wanita.
Jika sebelum ini, kami keluarkan satu berita di mana seorang pengadil wanita dihina oleh penonton di Catalunya, Sepanyol. Hal ini terjadi juga di Republik Czech.
Cuma kali ini melibatkan pemain dan pengadil wanita.
Terlupa angkat bendera
Dalam satu perlawanan liga utama Republik Czech diantara Brno dan Sparta Prague, pengadil Lucie Ratajova menjadi pembantu pengadil untuk perlawanan tersebut.
Dalam perlawanan tersebut, Sparta Prague hampir pasti memenangi perlawanan tersebut selepas mendahului Matej Pulkrab meletakkan Sparta Prague mendahului 2-3 di minit ke-88.
Namun 2 minit kemudian, satu insiden tidak enak berlaku.
Brno memperoleh gol penyamaan pada minit ke-90 hasil jaringan Alois Hycka, namun pengadil telah melakukan kesilapan.
Ratajova entah macam mana TERLUPA untuk menangkat bendera kerana Hycka pada ketika itu berada dalam kedudukan ofsaid.
Pemain-pemain Sparta Prague ternyata berang dengan keputusan tersebut, dan mereka terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja.
Serangan media sosial
Perasaan tidak puas hati pemain-peman Sparta Prague terhadap Ratajova dilepaskan di media sosial.
Pemain Lukas Vacha melepaskan kemarahan terhadapa Kralovec dengan mengatakan pengadil itu “dapur memasak” di Twitternya sambil memuat naik gambar pengadil itu.
Ke sporáku… pic.twitter.com/Nb9iMNCZPg
— Lukáš Vácha (@Vason6) October 2, 2016
Ironinya, Vacha tidak pun bermain untuk perlawanan itu! Nampak seperti dia pula yang lebih-lebih ya.
Vacha kemudiannya menjelaskan di laman Facebook yang beliau mengeluarkan komen sedemikian di Twitter hanya untuk pengadil itu sahaja dan bukan untuk semua wanita di dunia ini.
Dalam terjemahan, mesej Vacha bermaksud:
“Saya ingin utarakan komen saya. Status ini ditujukan terus mengenai kesilapan yang dilakukan yang memberi kesan kepada perlawanan. (Gol ofsaid yang dikira)
“Jika ada yang terasa. Saya ingin jelaskan ia tidak ada kena mengena dengan tindakan kasar saya.”
“Saya merupakan peminat bola sepak wanita dan ‘jiwa maskulin’ yang ada dalam diri wanita.”
Pemain Tomas Koubek pula melepaskan kemarahannya dalam temu ramah selepas perlawanan.
Beliau terlibat dengan dalam situasi menahan bola dari masuk ke dalam gol pada minit akhir perlawanan.
Dalam temu ramah itu, Koubek berkata Ratajova “patut duduk saja di dapur daripada menjadi pengadil perlawanan.”
Namun tidak lama selepas itu, beliau menulis di Facebook menyatakan permohonan maaf beliau sambil memuat naik gambar isteri dan anak perempuannya.
“Semalam dalam perlawanan di Brno, terdapat satu kesilapan yang membuatkan ramai pihak emosi dengannya.”
“Selepas perlawanan saya terus mengatakan sesuatu yang tidak enak dan saya menyesal dengan tindakan itu. Lantas, saya meminta maaf kepada semua wanita.”
“Tidak berniat untuk berkasar, kenyataan saya ditujukan terus kepada orang yang berkenaan (Ratajova) diatas situasi tertentu (gol ofsaid Brno) dalam perlawanan tersebut.”
“Saya sayangkan kedua-dua wanita saya (isteri dan anak perempuan Koubek), dan saya ingin capai sesuatu yang kami boleh banggakan bersama.”
Semuanya dihukum
Selepas perlawanan tersebut, Ratajova, Vacha dan Koubek akan dihukum atas kesalahan masing-masing.
Ratajova akan dihukum oleh pihak atasan beliau kerana melakukan kesilapan kontroversi dalam perlawanan.
Manakala Vacha dan Koubek perlu menjadi duta untuk perlawanan Liga Juara-Juara Wanita UEFA yang seterusnya.
Lebih perit, Vacha dan Koubek perlu berlatih dengan pasukan Sparta Prague selepas ini!
Ingat ya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata habis badan binasa.
Baca juga: Pengadil Wanita Hentikan Perlawanan Selepas Diejek ‘Balik Basuh Pinggan’ Oleh Penonton