Sinisa Mihajlovic Berang Disoal Bagi Pemain 22 Tahun Jadi Kapten Torino

Jarang kita melihat seorang pemain yang cukup muda menjadi kapten untuk sebuah pasukan senior.

Itu yang terjadi kepada pasukan Torino yang diketuai oleh seorang kapten muda.

Tapi apa yang akan terjadi jika kita mempersoal pemilihan itu kepada seorang jurulatih yang lantang bersuara?

Jangan dijolok sarang tebuan, kelak dijolok buruk padahnya.

Ini yang terjadi kepada seorang wartawan apabila menanyakan soalan kepada jurulatih Torino, Sinisa Mihajlovic.

Persoal pemilihan kapten

Insiden itu berlaku selepas perlawanan Serie A antara Torino dan Fiorentina minggu lepas.

Dalam sidang media selepas perlawanan antara kedua-dua pasukan. Seorang wartawan menanyakan satu soalan yang mengundang kemarahan Mihajlovic.

“Selepas melihat cara Marco Bennasi menjaringkan gol. Pasti tidak mudah untuk seorang pemain berusia 22 tahun menjadi kapten?”

“Tetapi saya lihat dia menjalankan tugas dengan baik sekali.”

Torino melantik kapten berusia 22 tahun, Marco Bennasi (gambar bawah).

benassi-1

Soalan itu disambut dengan nada negatif oleh Mihajlovic.

“Tak mudah untuk bangun jam 4 pagi setiap hari, pergi kerja jam 6 pagi dan kerja sehingga malam.”

“Selepas kerja keras, satu bil pun tak boleh bayar masa akhir bulan!”

Bennasi merupakan kapten di Torino. Pemain tengah tersebut menjadi kapten dalam usia yang muda pada usia 22 tahun.

Bertuah

Dalam sidang media itu juga, Mihajlovic berkata Bennasi sepatutnya beruntung dan bersyukur kerana menjadi kapten Torino.

Hal ini kerana, Bennasi bertuah kerana telah menjadi kapten Torino dalam usia yang muda.

“Ia bukan perkara yang mudah. Ia merupakan satu penghargaan dan Bennasi sepatutnya gembira dilantik menjadi kapten Torino pada usia yang muda.”

“Memakai lilitan lengan adalah tanda penghargaan yang tinggi. Bennasi adalah orang yang bertuah, kami semua bersama-sama di belakangnya.”

Memperbaiki kedudukan liga

Torino terus memperbaiki kedudukan mereka di dalam saingan Serie A selepas menundukkan Fiorentina 2-1.

Iago Falque ternyata menjadi watak utama dalam kejayaan Torino dalam perlawanan ini selepas menjaringkan gol pertama hasil satu percubaan placing ke penjuru bawah pintu gol Fiorentina.

gettyimages-611971888-1-1

Falque kemudiannya melakukan umpanan cantik kepada Bennasi yang membolehkan kapten muda itu melepasi perangkap ofsaid yang dilakukan Fiorentina.

Bennasi kemudiannya mengambil satu sentuhan sebelum melakukan rembatan melepasi penjaga gol, Ciprian Tatarusanu.

Fiorentina memperoleh gol sagu hati hasil jaringan Khouma Babacar pada minit akhir perlawanan.

Hasil kemenangan ini membawa Torino ke tangga ke-7 Serie A dengan mengutip 11 mata dari 7 perlawanan.

Mereka kini 7 mata dibelakang pendahulu, Juventus.

Baca juga: Joe Hart Sedia Hadapi Cabaran Di Itali, Cakap Bahasa Itali Buat Kali Pertama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN