TERKINI: Juventus Pecat Pirlo, Nanti Kepulangan Allegri

Juventus telah bertindak memecat Ketua Jurulatih, Andrea Pirlo. Pengendali berusia 42 tahun itu sebelum ini menggantikan tempat Maurizio Sarri pada musim panas lalu, namun hanya mampu membawa Juventus menamatkan saingan Serie A di keduduka  keempat.

Kedudukan tersebut sekaligus menamatkan dominasi Juventus yang bergelar juara Itali untuk sembilan musim berturut-turut.

Media di UK, The Athletic sebelum ini pernah mendedahkan Massimliano Allegri telah bersetuju untuk kembali dan menggantikan Pirlo.

Kenyataan Juventus

Dalam satu kenyataan Juventus berkata: “Beberapa bulan lalu, Andrea Pirlo, seorang ikon bola sepak dunia memulakan pengembaraan baharu untuk pengalaman pertama sebagai jurulatih.

“Untuk berbuat demikian, pertamanya ia memerlukan kekuatan, begitu juga dengan kesedaran, terutama di dalam keadaan sekarang yang dipenuhi dengan pelbagai kesukaran disebabkan oleh pandemik yang memaksa perubahan setiap hari.

“Pirlo hanya memulakan langkah pertama, tanpa keraguan, sebaga jurulatih yang hebat suatu hari nanti. Satu pengembaraan yang akan mentransformasikan, mencari dan mengatur idea dan pengalaman beliau sebagai sang juara di atas padang ke bahagian lain.

“Dan di dalam bola sepak, apa yang diambil kira ialah kemenangan, ingatilah ini: di dalam tempoh singkat Pirlo bersama Juventus, telah berjaya meraih dua trofi: Piala Supercup Itali dan Coppa Italia. Dan beliau sebagai jurulatih telah berjaya membawa pulang kemenangan yang berprestij di atas padang, dari San Siro sehingga ke Nou Camp.”

Apa masalah Pirlo?

Tempoh Pirlo di Juventus tidak dilihat sebagai kegagalan total. Juventus masih memenangi Piala Super Cup Itali dan Coppa Italia pada bulan ii selepas kemenangan 2-1 ke atas Atalanta.

Namun demikian Juventus bergelut dengan prestasi di Serie A, sehingga menyerahkan kejuaraan kepada Inter Milan. Juventus sendiri pada masa yang sama hanya mengesahkan kedudukan di tangga keempat pada hari terakhir kempen untuk mengesahkan tempat ke Champions League pada musim hadapan.

Dalam pertandingan eropah, Juventus juga gagal menyerlah seperti yang diharapkan. Skuad kendalian Pirlo merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Barcelona di Nou Camp untuk menjuarai Kumpulan G, tetapi gagal melepasi halangan Porto di pusingan 16 pasukan terbaik.

 

Baca artikel lain mengenai Andrea Pirlo:

Pirlo: Messi Pemain Hebat Tetapi Mungkin Dia Ada Masalah Psikologi

Mula Dihujani Kritikan, Adakah Pirlo Tidak Cukup Layak Bimbing Juventus?

Andrea Pirlo Nafi Beri Layanan Istimewa Buat Ronaldo

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN