Werner Harap Muller Boleh Bantu Beliau Dapatkan Gol Di EURO 2020

Timo Werner

Penyerang Chelsea, Timo Werner berharap kehadiran semula bintang Bayern Munich, Thomas Muller ke dalam skuad Jerman mampu menghadirkan jaringan buat pemain tersebut.

Werner jelas sekali mengalami musim sukar di Premier League berharap saingan EURO bersama Jerman dapat membantu dirinya mencari sentuhan tajam di depan pintu gol yang hilang.

Menurut laporan Eurosport, Werner berkata kehadiran semula Muller ke dalam skuad bersama-sama seorang lagi bintang veteran, Mats Hummels dapat membantu pasukan untuk mencabar kejuaraan.

“Muller akan bantu pasukan dengan banyak cara. Beliau dan Hummels telah menunjukkan dalam dua tahun kebelakangan ini yang mereka masih lagi mampu beraksi di tahap tertinggi dan masih dianggap pemain berkelas dunia.”

“Jika seseorang seperti Muller yang mempunyai 20 bantuan gol dalam Bundesliga [sertai skuad Jerman], harapan saya adalah untuk beliau membantu saya mendapatkan jaringan di EURO.”

Dalam masa yang sama, Werner juga yakin skuad Jerman kali ini cukup ampuh dan mampu untuk mencapai sekurang-kurangnya peringkat separuh akhir di kejohanan antarabangsa.

Jerman diundi bersama-sama Portugal, Perancis dan Hungary dalam kumpulan F EURO 2020.

Baca juga artikel kami mengenai Timo Werner:

Edouard Mendy: Pemain Baharu Chelsea Yang Pernah Jadi Penganggur & Penjaga Gol Kelab Divisyen Ke-4

Hasselbaink Beri Sebab Kenapa Timo Werner Tenggelam Sebagai Pemain Sayap

Timo Werner Kata ‘Keputusan Terbaik’ Untuk Tolak Lamaran Liverpool

Leave a Reply