TERKINI: B. Satianathan Kini Sudah Tiada

B. Satianathan

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, B. Satianathan kini dilaporkan sudah lagi tiada.

Pengendali penuh berpengalaman ini meninggal dunia dan ini telah disahkan oleh Pegawai Media FIFA yang juga merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia – Christopher Raj.

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Satia di Twitter.

Satia yang terkenal sebagai pengendali yang selalu mengeluarkan kenyataan pedas dan kontroversi pernah mengendalikan beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor dan juga Sarawak United.

Sebelum ini, Satia pernah dilaporkan tidak sihat dan mengalami masalah di bahagian jantung, dan sejak itu beliau tidak lagi mengendalikan mana-mana pasukan Liga Malaysia sebaliknya cuma melakukan kemunculan sebagai penganalisis dalam siara langsung perlawanan Liga Super di Astro.

Kami di Semuanya BOLA amat berdukacita dengan pemergian salah seorang figura yang hebat dalam kancah bola sepak tempatan.

Simpati dan ingatan kami buat seluruh keluarga dan rakan-rakan B. Satianathan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN