“Terhebat Pernah Dilihat” – ‘Makelele Role’ Perlu Ditukar Kepada ‘Kante Role’

N’Golo Kante seharusnya menerima penghormatan yang lebih tinggi dari Chelsea atas segala sumbangan beliau dalam membantu kelab memenangi pelbagai kejuaraan.

Ia merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas penyerang Tottenham Hotspur, Darren Bent yang menganggap Chelsea sepatutnya menunjukkan rasa hormat kepada pemain midfield itu.

Beliau turut meminta agar ‘Makelele role’ ditukar kepada ‘Kante role’ bagi menghargai pemain kebangsaan Perancis itu.

The Blues berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Lille dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Stamford Bridge.

N’Golo Kante berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang perlawanan tersebut, dan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Darren Bent mendedahkan kepada talkSPORT bahawa:

“Ada satu masa tu dia menang Premier League bersama Leicester, kemudian dia menang lagi bersama Chelsea musim berikutnya dan kemudian dia menang Piala Dunia.”

“Sepanjang tempoh itu, dia sungguh luar biasa menakjubkan. Atas rasa hormat, saya boleh faham apa yang Maurizio Sarri cuba lakukan (mainkan Kante di posisi berbeza), kerana, mahu memenangi bola semula dari belakang dan memulakan serangan, dan benarkan Jorginho untuk semakin selesa.”

Bent kemudiannya menambah lagi bahawa:

“Lihat bagaimana pentingnya Jorginho, lihat sahaja Chelsea memenangi Champions League dan Itali memenangi Euro 2020, jadi saya faham.”

“Tapi ketika kamu meletakkan Kante di hadapan back four, itu bukan satu kebetulan lagi tentang kenapa mereka banyak menang Piala.”

“Pada pandangan saya, di peranan itu, dia adalah yang terhebat yang pernah kita saksikan. Saya rasa Kante sudah bawa peranan itu ke tahap yang berbeza.”

Peranan untuk mematahkan serangan lawan dan membawa bola untuk naik membantu jentera serangan sebelum ini dikenali sebagai ‘Makelele role‘.

Ia dinamakan seperti itu bagi menghargai sumbangan dari legenda Perancis, Claude Makelele.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya adakah nama peranan tersebut perlu diubah, Darren Bent menyatakan bahawa:

“Ya, ‘Kante role’.

Darren Bent merasakan yang N’Golo Kante seharusnya menerima penghormatan yang lebih tinggi dari kem Chelsea atas segala sumbangan beliau sejak dari awal ditandatangani.

Kecemerlangan Kante bersama skuad Chelsea

N’Golo Kante menyertai Chelsea pada tahun 2016 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £32 juta dari Leicester City.

Beliau ketika itu baru sahaja membantu Leicester City untuk muncul sebagai Juara saingan Premier League dan kerana aksi hebat yang beliau pamerkanlah Chelsea sanggup mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau kemudiannya telah menjadi nadi terpenting dalam skuad Chelsea dengan N’Golo Kante merupakan pemain kegemaran setiap pengurus yang mengendalikan The Blues.

Beliau berjaya membuat 243 penampilan untuk kelab dari semua pertandingan, dengan Kante berjaya menjaringkan 13 gol dan turut mencatatkan 13 assists sepanjang tempoh tersebut.

Pemain kebangsaan Perancis itu merupakan nadi penting yang membantu Chelsea untuk menjuarai saingan Champions League musim lalu.

Beliau bahkan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League yang menemukan antara Chelsea bertemu Manchester City.

Kante turut dinamakan sebagai pemain midfield terhebat UEFA pada musim lalu dan turut menjadi antara calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Bekas bintang Leicester itu berjaya memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Europa League, Premier League dan FA Cup bersama Chelsea.

Kante kini sedang dalam usaha beliau untuk menambah koleksi kejayaan yang beliau miliki, dengan beliau akan turun bersama skuad Chelsea untuk bertemu Liverpool dalam aksi perlawanan akhir Carabao Cup hujung minggu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN