Makelele Role : Peranan Dinamik Dan Cerdas Di Tengah Padang

Apa itu Makelele Role?

Terma Makelele role adalah epitomi ke atas fungsian Makelele di padang terutama pada era Jose Mourinho di Chelsea. Walaubagaimanapun, peranan ini sudah wujud sejak Makelele bermain di Real Madrid lagi.

Namun seperti yang kami selalu sebut sebelum ini, selain dari Jerman dan Itali, sukar untuk melihat pundits di negara lain memberikan label khas kepada sesuatu yang istimewa dalam bola sepak.

Jadi, terima kasih kepada Jose Mourinho yang memberikan recognition ini kepada bola sepak dunia. Amat sukar untuk melihat nama seorang pemain dijadikan subjek kepada kata nama dalam terminologi bola sepak.

Jika dulu ada Cruyff Turn, Del Piero Zone, Roberto Carlos’ UFO, Penalti Panenka dan Zidane Roullete. Semua nama tersebut menjadikan ia signature kepada sesuatu yang seperti menjadi milik mereka ataupun dilakukan dengan sangat baik oleh mereka.

Mourinho menyatakan bahawa dalam sistem tengah Chelsea, mereka sentiasa ada seorang pemain tambahan ataupun extra man ketika bertahan dan juga ketika membentuk serangan (build up).

Itulah Makelele. Ini adalah serba ringkas tentang Makelele :

Nama : Claude Makelele Sinda
Tarikh Lahir : Feb 18, 1973
Tempat Lahir: Kinshasa, Zaire
Tinggi: 1.74 m
Nasionaliti: France (Neutralisasi dari Congo DR)
Posisi: Holding Midfield (Makelele Role)

Konsep

Dari segi platform posisi, Makelele adalah seprti pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang lain. Beliau tetap berada di hadapan barisan pertahanan untuk melindungi mereka.

Namun bezanya adalah ia lebih kepada bermain dengan otak berbanding dengan fizikal.

Tidak ramai jurulatih kelab besar berani meletakkan pemain berketinggian 174cm sebagai pemain tengah bertahan kecuali mereka ada kemampuan istimewa.

Kami sebelum ini ada menulis 2 tipikal utama pemain defensif. Pertamanya adalah yang jenis terhad (limited). Jenis yang kita selalu label sebagai rigid, statik dan direct.

Kedua adalah, ball playing. Pemain yang lebih cergas dan selesa dengan bola di kaki. Jadi, Makele role ini adalah jenis ball playing. Ianya bukan jenis terhad.

Jadi, ciri-ciri ini yang membezakan peranan Makelele dengan pemain tengah bertahan klasik.

[table]
Makelele Role, Defensive Midfielder Klasik,
Ball playing,limited,
Destroyer, Dirty Worker,
Simple & efisien, Hard Tackler,
Naluri positioning yang tinggi,Posisi Lebih Terhad (limited),
Memiliki kualiti hantaran yang tinggi,Kualiti Hantaran Bukan Aspek Wajib,
[/table]

Penjelasan lebih lanjut adalah. Dari segi posisi, Makelele tidak terikat dengan titik posisi yang terhad atau statik.

Beliau bergerak mengikut naluri beliau ataupun bergerak ke merata padang terutama sekali di defensive third iaitu kawasan yang menjadi titik penting pihak lawan untuk masuk lebih dalam ke kotak serangan.

Peranan ini seperti kacukan regista dan pemain tengah bertahan klasik. Pemain tengah bertahan klasik sangat fokus kepada duel dan cabaran fizikal ke atas lawan.

Anda pasti ingat cara permainan Nigel De Jong, Gennaro Gatusso yang sangat keras (robust) dan combative. Mereka tidak kisah tentang aspek hantaran ataupun build up yang berkualiti.

Ia adalah perkara ke-2 atau ke-3 dalam senarai semak mereka. Berbeza dengan Makelele yang lebih menekankan aspek kawalan ruang yang berkesan dan cuba begerak aktif untuk mengitar semula bola dengan hantaran berkualiti.

The Destroyer

Namun menariknya, ketika beliau bergerak bebas, beliau masih ada kawalan yang tinggi ke atas zon di hadapan barisan pertahanan. Dari segi teknikal, beliau juga digelar destroyer.

Destroyer bermaksud pengacau atau penghancur gerakan. Jadi, Mekekele sangat bagus dalam soal menghancurkan struktur binaan serangan pihak lawan dengan cara melambatkan gerakan mereka.

Ianya juga kerap membuatkan lawan berpatah balik ataupun mendesak lawan kehilangan bola. Jadi, bukan sesuatu yang mudah untuk permain permainan kombinasi di bahagian tengah dengan adanya Makelele.

Makelele sangat efektif dalam kawalan ruang mahupun shadow defending. Sifatnya yang tidak keras dan lebih simple namun Makelele sangat dinamik kerana mobiliti yang sangat tinggi.

Ianya sentiasa bergerak di bahagian tengah untuk mengganggu pihak lawan. Jadi, ada juga yang menggelarkan peranan ini sebagai anchor man.

Walau apapun labelnya yang pasti Makelele role adalah bermaksud anda bermain di kawasan tengah pertahanan paling dalam dengan cara seorang pemain tengah tulen.

Adakah Ia Sama Dengan Deep Lying Midfielder?

Ia adalah salah satu baka daripada deep lying midfielder namun ia lebih defensif daripada Deep Lying Midfielder yang lain seperti Pirlo role ataupun regista. Peranan ini juga berbentuk holding midfielder.

Parents ataupun ibu bapa kepada peranan ini adalah defensive midfielder (pemain tengah bertahan). Jadi kami susun baka ini kepada:

Jadi, jika anda menggelar ia sebagai defensive midfielder, holding midfielder ataupun deep lying midfielder, ia tetap betul cuma secara lebih spesifik anda akan menyebut ia sebagai Makelele Role.

Kami gelarkan ia sebagai specialities!.

Untuk penggemar kopi anda pasti tahu beza latte karamel dengan latte. Ia masih dalam keluarga latte cuma, ia dibezakan dengan satu rasa istimewa.

Deep lying midfielder atau regista yang biasa adalah pemain yang turun kebawah untuk ‘mengutip’ bola dan menyebarkannya (distribute) dari belakang.

Sedangkan Makelele role lebih aktif dalam aktiviti mendesak lawan melepaskan bola. Makelele role juga lebih keras defensif dan bermobiliti tinggi berbanding dengan deep lying playmaker ala Pirlo yang lebih banyak walking / jogging pace di dalam padang berbanding Makelele Role.

Rujukan terbaik Makelele Role dalam bolasepak moden pada hari ini ialah Sergio Busquet,Gareth Barry dan kini adalah N’golo Kante.

Mereka bermain di pemain tengah bertahan tetapi bukan pemain yang aktif menyangi lawan dengan duel fizikal yang keras dan bentesan yang keras sepanjang masa.

Pemain seperti Busquet dan Carrick juga dianggap antara baka makelele role yang lebih advance dari segi kecerdasan/intelligence.

Mereka memiliki mobiliti rendah namun sangat efektif dalam menghancurkan gerakan lawan. Kualiti hantaran mereka juga sangat luar biasa.

Mekele role memiliki kemampuan untuk mengolah serangan (playmaking) yang sangat tinggi kerana kemampuan mereka untuk menghantar bola dalam darjah klinikal.

Satu lagi aspek yang saya suka bezakan antara Makelele role dengan deep lying midfielder ataupun regista seperti Pirlo atau Xabi Alonso adalah sifat in-dependency ataupun boleh berdiri sendiri di platform paling bawah unit tengah.

Berbeza dengan peranan ala Pirlo memerlukan pemai lain seperti pemain tengah bertahan tulen ataupun box to box untuk melakukan tugasan lebih defensif dan memenangi bola untuk mereka.

Jadi, Makelele role lebih baik untuk bermain pivot tunggal.

Ingat lagi ketika Bayern ditewaskan 3-0 oleh Barca dalam perlawanan UCL 2015. Ini kerana sistem mereka yang meletakkan Xabi Alonso sebagai Holding midfielder tunggal dalam 4-1-4-1. Bayern Munich dibuli teruk oleh Barcelona.

Baca juga : Analisis Taktikal : Barcelona 3 0 Bayern Munich

Ketika di Juventus, Andrea Pirlo menjadi sangat efektif dengan adanya pemain box to box yang dinamik seperti Pogba, Vidal dan Marchisio.

Pada final UCL 2002, Makelele adalah pivot tunggal dalam sistem 1 pemain tengah defensif. Pemain seperti Zidane , Figo dan Solari bermain di garisan tinggi ketika itu.

Dalam pasukan Chelsea, Makelele boleh bermain dalam sistem diamond dengan midfielder seperti Lampard, Joe Cole dan Robben yang sangat ofensif.

Kesimpulan

Ia adalah peranan yang istimewa kerana ia lebih kepada brain berbanding dengan fizikal. Ia satu kebijaksanaan dalam permainan untuk memastikan dirinya relevan bermain dalam peranan yang sepatutnya dimainkan pemain berfizikal kuat.

Baka ini sangat digemari oleh jurulatih kerana ia sangat sesuai dengan taktikal moden. Namun bukan semua pemain boleh bermain peranan ini.

Jadi, ketika Mekelele dijual ke Chelsea, antara pemain yang sangat terkesan di Real Madrid adalah Zinedine Zidane. Ini kerana, pertalian taktikal yang kuat di antara Zidane dan Makelele ketika di Real dan Perancis.

Baca juga : Pengenalan Kepada Tugas Perancang : Playmaker, Trequartista, Regista Dan Enganche

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN