Terengganu FC II Sah Tidak Akan Dibubarkan

Para penyokong Terengganu kini boleh menarik nafas lega apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan pasukan simpanan (feeder club) iaitu Terengganu FC II (TFC II) akan terus bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengatakan skuad itu akan dibubarkan selepas mempamerkan prestasi yang merosot dalam saingan Liga Perdana musim ini sekali gus tersingkir ke Liga FAM, musim depan.

Malah, pembubaran itu mendapat bantahan daripada ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim dan mantan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa TFC II akan terus relevan musim depan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pertama yang dipengerusikan presiden pada hari ini bersetuju untuk mengekalkan TFC II sebagai ‘feeder team’.

“Sehubungan itu juga, TFC II akan terus bersaing dalam Liga FAM pada 2019,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dalam Berita Harian.

Tengku Farok Hussin berkata, bagi tujuan memantapkan lagi TFC, PBSNT bersetuju membentuk Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan yang akan bertanggungjawab menguruskan pembangunan bola sepak negeri secara lebih tersusun dan sistematik.

Katanya, PBSNT juga sudah menyusun beberapa langkah proaktif dalam memperkukuhkan saingan masa depan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Tumpuan buat masa ini adalah untuk Piala Malaysia dengan mengharapkan pasukan TFC terus mara dan bangkit. Pihak kami berharap agar perancangan dan keputusan yang dibuat ini akan membuahkan hasil yang positif dalam perkembangan bola sepak negeri,” katanya.

Dalam pada itu, PBSNT mengumumkan pelantikan Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim sebagai Timbalan Presiden PBSNT yang baru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN