Manchester City Cadang Mahu Abadikan Nama Joe Hart Di Padang Latihan Mereka

Pengakhiran kepada karier Joe Hart bersama Manchester City mungkin tidak tamat seperti yang diidamkan beliau.

Akan tetapi, legasi yang ditinggalkan beliau berkemungkinan akan terus mekar di kelab tersebut untuk selama-lamanya.

Menurut laman 90min, Manchester City sedang merancang untuk menamakan salah satu padang latihan mereka bersempena nama Hart.

Tujuannya adalah satu, bagi menghargai jasa dan keringat yang diberikan oleh Hart kepada pasukan tersebut yang beliau wakili untuk 12 tahun.

during the Barclays Premier League match between Southampton and Manchester City at St Mary’s Stadium on May 1, 2016 in Southampton, England.

Untuk rekod, Hart mula menyertai Manchester City pada usia 19 tahun dan pergi meninggalkan kelab tersebut pada usia 31 tahun.

Menurut pengerusi Manchester City iaitu Khaldoon Al Mubarak, jasa yang diberikan oleh Hart sememangnya tidak boleh dipandang sepi.

“Sumbangan Joe Hart kepada Manchester City tidak boleh diendahkan.”

“Sepanjang 12 tahun di kelab ini, beliau telah menghasilkan persembahan cemerlang serta telah menyelamatkan banyak percubaan yang selamanya akan kekal dalam ingatan kita semua.”

“Beliau akan sentiasa dialu-alukan kehadirannya ke kelab ini.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 26: Goalkeeper Joe Hart of Manchester City applauds the home fans following the 0-0 draw during the UEFA Champions League Semi Final first leg match between Manchester City FC and Real Madrid at the Etihad Stadium on April 26, 2016 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Manchester City merancang untuk mengadakan satu sambutan khas untuk mengenang Joe Hart apabila pemain itu kembali semula ke Etihad Stadium bersama pasukan baharu – Burnley.

Karier Joe Hart bersama Manchester City berakhir dengan kekecewaan apabila pemain itu tidak menjadi pilihan pengurus Pep Guardiola.

Beliau dipinjamkan ke Torino dan West Ham United sebelum berpindah terus ke Burnley pada awal musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN