Paul Scholes: “Manchester United Tak Mampu Kejar Man City Musim Ini”

Pada pra-musim ini, lebih banyak cerita yang kurang enak berbanding cerita yang elok melibatkan Manchester United.

Adakah pasukan itu akan mengalami musim sukar kali ini?

Bagi legenda Manchester United, Paul Scholes beliau berasakan ya.

Menurut laman Sky Sports, Scholes berpendapat Manchester United akan mengalami kesukaran untuk bersaing dalam saingan Premier League.

Kata Scholes lagi, Manchester United akan mengalami masalah untuk memberikan saingan kepada pasukan seperti Liverpool dan Manchester City.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 13: Ex Manchester United player Paul Scholes working for BT Sport prior to The Emirates FA Cup Sixth Round match between Manchester United and West Ham United at Old Trafford on March 13, 2016 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Bila anda lihat kepada Manchester City dan kemungkinan juga Liverpool, saya tidak rasa Manchester United punya kualiti yang sama dengan mereka pada ketika ini.”

“Liverpool telah membeli beberapa pemain berkualiti. Musim lalu, Manchester United mengatasi mereka dalam saingan liga.”

Dalam masa yang sama, Scholes berpendapat Manchester United tidak akan dapat mengurangkan jurang yang dimiliki mereka dengan Manchester City dalam masa terdekat.

“Saya tak rasa Manchester United akan dapat mendekatkan diri mereka dengan Manchester City.”

“Mereka adalah pasukan yang cukup baik. Mereka ada pengurus yang cemerlang, ramai pemain hebat dan cara bermain yang mereka sendiri tahu.”

LONDON, ENGLAND – AUGUST 05: The Manchester City players celebrate as Vincent Kompany and Fernandinho lift the Community Shield trophy after the FA Community Shield match between Manchester City and Chelsea at Wembley Stadium on August 5, 2018 in London, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Tetapi bagi Manchester United, saya tak pasti apa yang terjadi kepada mereka ketika ini.”

Jose Mourinho memberikan bayangan pasukannya akan mengalami kesukaran untuk bersaing musim ini sekiranya beliau tidak berjaya mendapatkan 1 atau 2 lagi pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN