‘Terciduk’ Dengan Malaysia, Kata-Kata Theerathon Ini Telah Memakan Diri

Theerathon Bumnathan Thailand King's Cup 2022

Sekitar Jun lalu, bek kiri Thailand, Theerathon Bumnathan pernah berkata, menentang pasukan dari Asia Tenggara adalah sesuatu yang tidak berbaloi.

Beliau lebih suka menentang pasukan yang lebih berkualiti dan berada di tahap Asia. Tetapi, tewas kepada Malaysia, tentu sangat menyakitkan.

Thailand tewas 3-5 menerusi sepakan penalti kepada Malaysia di kejohanan 48th King’s Cup 2022 selepas mereka terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Tampak jelas wajah kekecewaannya yang dilantik menjadi kapten untuk perlawanan tersebut selepas pemain tengah, Chanathip Songkrasin mengalami kecederaan seawal minit ke-13 dan terpaksa dikeluarkan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Atlead Pass , Theerathon memang bekerja keras sejak awal perlawanan. Namun, usahanya untuk membimbing rakan sepasukan ke pentas final kejohanan jemputan itu tidak berhasil.

Beliau adalah pemain yang paling banyak membuat interceptions dengan tujuh pintasan bola selain membuat dua tackles sepanjang perlawanan. Beliau juga naik lebih ke atas menekan kawasan defensive third Malaysia sehingga memaksa Arif Aiman ​​​​lebih banyak membantu Matt Davies.

Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan Thailand memiliki kawalan bola yang sedikit lebih berbanding Malaysia apabila empat pemainnya telah merekodkan jumlah hantaran terbanyak dan Theerathon merupakan merupakan yang kedua tertinggi dengan 40 hantaran keseluruhannya.

Beliau juga telah meminta maaf kepada penyokong skuad ‘Gajah Perang’ selepas disingkir Malaysia. Ia sesuatu yang menyakitkan buat mereka.

“Maaf kerana telah kecewakan penyokong. Saya mahu sampaikan mesej ini kepada penyokong. Saya faham, kita semua kecewa. Saya sangat kecewa kita gagal melangkah ke final King’s Cup. Sekali lagi, saya memohon maaf kepada penyokong kerana kecewakan anda.”

“Persembahan kita sangat mengecewakan. Ini yang perlu kita terima. Semua kekecewaan dan kritikan akan diambil sebagai motivasi tambahan untuk kami meneruskan langkah selepas ini.”

Theerathon Bumnathan

Adakah kata-kata Theerathon sekitar Jun lalu telah memakan diri? Pasukan dari Asia Tenggara tidak cukup bagus untuk mereka? Berdasarkan ranking, ia boleh dikatakan ada kebenarannya. Mereka berada di ranking lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain dari Asia Tenggara kecuali Vietnam.

Namun, untuk memandang rendah kemampuan pasukan Asia Tenggara dan kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric adalah sesuatu yang tidak sewajarnya diucapkan oleh pemain berkaliber dan berpengaruh sepertinya.

“Secara peribadi, saya mahu beraksi menentang pasukan yang berada di tahap Asia. Kalau anda tanya saya adakah berbaloi menentang pasukan dari Asia Tenggara, saya mungkin akan berkata tidak.”

Rasanya beliau boleh berhenti di ayat yang pertama. Ayat berbaloi atau tidak dilihat sangat ‘kejam’ buat rakan serantau waima ada kebenarannya.

Ini kerana, selain Thailand dan Vietnam, Malaysia dan Indonesia juga secara merit telah layak beraksi di pentas Piala Asia 2023 pada Jun tahun depan.

“Saya tidak terlalu fokus dengan saingan peringkat Asia Tenggara. Menurut saya, sekarang adalah waktunya dimana Thailand harus melangkah ke depan. Thailand harus belajar dari Jepun. Mereka tidak peduli dengan reaksi selepas kegagalan, dan mereka juga tidak takut untuk gagal.”

“Saya rasa untuk saingan AFF nanti, mereka boleh menghantar skuad B-17 atau B-19 tahun untuk beraksi kerana ini akan membawa banyak manfaat di masa hadapan.”

Apa yang penting, apabila menang, ia membantu menaikkan mata ranking FIFA walaupun ia hanya ‘Piala Dunia’ di zon Asia Tenggara. Apabila terlalu memikirkan untuk hanya bertemu yang terlalu hebat, mereka seakan-akan mula memandang rendah kemampuan rakan negara serantau lain.

Untuk rekod, kali terakhir Thailand menang ke atas Malaysia adalah pada Disember 2014 dan Malaysia menang dua kali dalam lima pertembungan terkini antara kedua-dua pasukan. Apa kata anda, Theerathon Bumnathan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN