Mengapa Khuzaimi Piee Dianggap Penting Menjelang Aksi Bertemu Tajikistan?

Malam esok, Malaysia akan menghadapi aksi terakhir dalam saingan King’s Cup di Chiang Main untuk membuat perhitungan bersama Tajikistan bagi merebut kejuaraan tersebut, setelah masing-masing cemerlang menewaskan lawan pada perlawanan pertama.

Tajikistan yang sebelum itu cemerlang mengetepikan Trinidad & Tobago menerusi keputusan 2-1 dianggap sebagai lawan yang kuat buat pasukan negara berdasarkan prestasi semasa mereka serta perbezaan saiz fizikal.

Malaysia yang terpaksa berhempas pulas ketika menewaskan Thailand sehingga ke penentuan penalti perlu berwaspada dan membuat persediaan sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran lawan.

Berdasarkan perlawanan lalu, dijangka tidak ada perubahan besar bakal dibuat Kim Pan-gon, kerana beliau pasti ingin mengekalkan momentum serta persefahaman antara pemain.

Posisi yang ditinggalkan Azam kerana layangan kad merah pula berkemungkinan akan ditampunh oleh Nazmi Faiz Mansor atau Mukhairi Ajmal.

Berikut merupakan tiga pemain penting yang dijangka bakal memberi impak buat skuad kebangsaan untuk menghadapi Tajikistan pada aksi malam esok.

Khuzaimi Piee

Pemain ini dijangka bakal terus bergandingan bersama Dion Cools selaku pertahanan utama bagi mengekang serangan pelawat dalam senarai kesebelasan utama.

Khuzaimi dianggap sebagai rekrut terbaru Harimau Malaya yang berjaya memberi kesan positif menerusi kekuatan fizikal beliau serta cepat beradaptasi bersama taktikal Pan-gon.

Kelebihan fizikal serta mampu membuat cabaran terbaik sewaktu perebutan bola di udara pastinya ditagih kerana Tajikistan pastinya akan lebih banyak menggunakan hantaran lambung untuk memberi masalah buat Malaysia.

Selain itu, Khuzaimi juga mempunyai kelebihan dalam situasi sepakan percuma serta mampu mencipta hantaran tepat kepada pemain serangan.

Brendan Gan

Pemain tengah ini amat terkenal kerana kerajinan beliau yang bergerak di serata arah padang untuk membantu rakan sepasukan terus menguasai bola.

Aspek fizikal yang dimiliki Gan pada perlawanan lalu jelas memberi masalah buat Thailand di bahagian tengah untuk terus menguasai bola apabila pemain ini kerapa melakukan pintasan dengan cepat.

Pada masa sama, Gan juga pastinya akan terus ditagih kerana kapten Selangor ini turut kreatif dalam menjana serangan serta amat berkesan untuk meneutralkan ancaman lawan.

Darren Lok

Berdasarkan prestasi lalu pemain ini yang kerap mengkucar kacirkan pertahanan lawan, rasanya Darren akan terus dikekalkan dalam senarai kesebelasan utama.

Untuk menghadapi kekuatan fizikal lawan yang lebih kuat, Darren merupakan pilihan terbaik di bahagian serangan negara berdasarkan cara permainan beliau sendiri sebelum itu menentang Thailand.

Ciri-ciri positif yang dimiliki Darren ialah dari segi aspek kepantasan, kekuatan fizikal, serta kerajinan beliau untuk terus menekan pertahanan lawan supaya membuat kesilapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN