Ten Hag Sedia Lepaskan 3 Pemain Ini Pada Musim Panas Nanti

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan bersedia untuk melepaskan tiga pemain utama dari skuadnya pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Ketiga-tiga pemain ini perlu dilepaskan dalam usaha pihak kelab untuk membeli pemain baharu bagi memperkuat skuad sedia ada.

Melihat kepada situasi terkini di Old Trafford, Erik ten Hag sepertinya bakal melalui jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk.

Dengan pimpinan kelab sama sekali tidak berbelanja pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini, sepertinya tiada masalah untuk kelab menyediakan dana pada musim panas nanti.

Pada jendela perpindahan Januari lalu, pihak kelab sepertinya menumpukan kepada perjanjian pinjaman dengan mereka telah meminjam Wout Weghorst, Jack Butland dan Marcel Sabitzer.

Keputusan pihak kelab untuk tidak berbelanja itu adalah kerana mereka mahu menyediakan dana yang lebih besar untuk Ten Hag gunakan pada musim panas ini.

Laporan terbaru dari pelbagai sumber ada menyatakan yang Man United berminat mahu mendapatkan wonderkid Atalanta, Rasmus Hojlund yang mana pemain muda itu kini sudah mula dibanding-bandingkan dengan Erling Haaland.

Namun begitu, sasaran utama Man United pada jendela perpindahan musim panas ini adalah penjaring gol terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan England, Harry Kane.

https://twitter.com/topcrnr/status/1643914857492742144?s=20

Kane bakal menjadi keutamaan Manchester United pada musim panas ini dengan pihak kelab dilaporkan akan berusaha semampu mereka untuk mendapatkan bintang Tottenham Hotspur itu.

Memandangkan kontrak Kane bersama Spurs akan tamat pada 2024 nanti, sepertinya Spurs mungkin bakal melepaskan pemain penyerang mereka itu agar mereka tidak kehilangannya secara percuma selepas kontraknya tamat.

Walau Spurs sanggup melepaskan Kane, namun jelas sekali mereka tidak akan menjual dengan harga yang murah dan Man United tentu saja perlu menyediakan dana yang cukup untuk mendapatkan pemain penyerang itu.

Antara cara utama bagaimana Man United mahu mendapatkan dana adalah dengan menjual pemain utama mereka pada musim panas nanti.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Fichajes, Ten Hag dikatakan bersedia untuk menjual tiga pemain utamanya dalam usahanya untuk mendapatkan dana tambahan.

Laporan tersebut menyatakan yang Ten Hag bersedia untuk menjual Harry Maguire, Victor Lindelof dan Donny Van de Beek pada musim panas nanti.

Kedua-dua Lindelof dan Maguire kini sepertinya semakin hilang tempat dalam kesebelasan utama Man United dan mungkin itu alasan mengapa Ten Hag tiada masalah kehilangan mereka.

Kehadiran Lisandro Martinez dan Raphael Varane menyebabkan Maguire dan Lindelof semakin sukar untuk mendapat tempat, dan prestasi tak menentu mereka juga menjadi punca mengapa mereka mahu dijual pada musim panas ini.

Van de Beek pula sementara itu masih terpaksa diketepikan selepas beliau menderita masalah kecederaan lutut sejak Januari lalu.

Pemain kebangsaan Belanda itu masih bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan beliau juga gagal untuk mendapat tempat di Old Trafford sejak dari awal ketibaannya pada tahun 2020 yang lalu.

Man United mungkin boleh menarik nafas lega kerana Ajax sendiri sudah menyatakan minat mereka untuk membeli semula Van de Beek pada musim panas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN