Wout Weghorst Tak Cukup Bagus Untuk Beraksi Bersama Man United Dan Belanda

Legenda bola sepak Belanda, Ruud Gullit mendakwa yang Wout Weghorst sebenarnya tak cukup bagus untuk beraksi bersama Manchester United dan juga skuad kebangsaan Netherlands.

Weghorst diturunkan dalam kesebelasan utama Belanda ketika kejayaan mereka menewaskan Gibraltar di pusingan kelayakkan Euro 2024 kemarin.

Nathan Ake meledak dua gol untuk skuad kendalian Ronald Koeman itu, sementara satu lagi gol berjaya dijaringkan oleh Memphis Depay.

Beraksi bertemu 10 pemain, Belanda mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa dahsyat dalam perlawanan tersebut.

Belanda memiliki 51 percubaan ke gawang Gibraltar, dengan Wout Weghorst sendiri turut berjaya melakukan tiga percubaan.

Namun begitu, pemain penyerang tinggi lampai itu gagal untuk menjaringkan sebarang gol ketika beraksi bertemu dengan pasukan yang sedang berada di kedudukan ke-200 dunia itu.

Weghorst juga sebenarnya turut berdepan masalah sama ketika beraksi di peringkat kelab, dengan beliau hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dari 18 perlawanan untuk Manchester United.

Walau gagal untuk menjaringkan gol, namun Weghorst sebenarnya tetap berjaya untuk membuktikan yang beliau sangat berkesan dalam membantu skuadnya melakukan build up ketika menyerang.

Namun begitu, ia tetap tidak mencukupi untuk legenda bola sepak Belanda, Ruud Gullit yang mendakwa bahawa Wout Weghorst sebenarnya tak cukup bagus untuk beraksi bersama Man United mahupun bersama skuad kebangsaannya.

Bekas bintang Chelsea dan AC Milan itu menyatakan yang beliau melihat bekas bintang Wolfsburg itu dengan sangat aneh dan turut percaya Weghorst terlalu kerap melakukan kesalahan.

Bercakap kepada Zinggo Sport, legenda berusia 60 tahun itu mendedahkan bahawa:

“Saya sebenarnya sangat meminati dia, tapi pada masa sama, saya rasa dia tak cukup bagus untuk Manchester United dan The Oranje.”

Jelas Gullit.

Pendapat Ruud Gullit itu mendapat perhatian para penyokong Man United dengan rata-rata dari mereka turut percaya yang agak sukar untuk melihat Weghorst ditandatangani oleh kelab secara tetap.

Peminat merasakan yang Weghorst akan kembali ke kelabnya selepas tamat perjanjian pinjaman bersama Man united pada penghujung musim ini.

Bintang berusia 30 tahun itu juga turut disindir oleh wartawan selepas beliau gagal untuk menjaringkan gol ketika aksi bertemu Gibraltar.

“Wout, bayangkan kalau kita teruskan perlawanan ini selama 48 jam lagi. Adakah kamu akan mampu untuk jaringkan gol?”

Soal wartawan tersebut ketika menemubual Weghorst di kawasan ‘mix zon’.

Wout Weghorst yang sememangnya mesra media kemudiannya menjawab soalan tersebut dengan menyatakan:

“Soalan yang bagus. Setidaknya saya akan dapat masa tambahan. Saya sudah lakukan yang terbaik, tapi masa tak mencukupi.”

Walau bagaimanapun, ada segelintir penyokong yang tak gembira dengan soalan itu walaupun Weghorst tetap tenang menjawabnya.

Wout Weghorst akan kembali beraksi bersama Man United untuk aksi bertemu Newcastle United pada hujung minggu ini nanti.

Pemain penyerang itu masih gagal untuk menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Premier League dengan dua gol jaringan beliau sebelum ini datangnya dari saingan Europa League dan Carabao Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN