Guillermo Ochoa Pamer Aksi Luar Biasa Dahsyat Ketika Bertemu Inter Milan

Guillermo Ochoa telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dahsyat ketika membantu Salernitana mengikat Inter Milan 1-1 dalam aksi saingan Serie A malam semalam.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Salernitana berjaya mengutip satu mata bertemu Inter Milan sebenarnya hasil kerja keras yang ditunjukkan oleh penjaga gol mereka itu.

Guillermo Ochoa berjaya melakukan 10 saves sepanjang perlawanan tersebut dan jelas sekali jentera serangan Inter Milan mati kutu untuk mencari gol dalam perlawanan ini.

Penjaga gol utama Mexico itu melakukan banyak aksi penyelamatan penting dan beliau juga turut berjaya menafikan kesempatan emas Inter Milan untuk mendahului perlawanan pada minit ke-64 permainan.

Hasil dari sudut sepakan penjuru, percubaan dari jarak dekat Romelu Lukaku terkena palang dengan Ochoa ketika itu berada benar-benar di dalam gawang golnya.

Stefan de Vrij berjaya melepaskan tandukan padu hasil dari situasi tersebut dan jelas sekali ia kesempatan emas untuk Inter Milan memperoleh gol pendahuluan.

Namun begitu, kesempatan emas itu berjaya dinafikan oleh Ochoa dengan beliau melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia untuk memastikan gawang golnya tidak dibolosi.

Bukan hanya sekali, tapi berkali-kali beliau melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia dalam memastikan gawang golnya tidak dibolosi dalam perlawanan ini.

Peminat di media sosial menjadi sangat teruja melihat persembahan mantap beliau itu dan ramai yang menghamburkan pujian menggunung kepada penjaga gol Mexico itu atas aksi hebat yang beliau pamerkan.

Legenda Piala Dunia itu telah ditandatangani oleh kelab dari Itali itu pada Disember lalu dan aksi beliau bertemu Inter Milan ini merupakan yang paling mencuri perhatian.

“Ochoa melakukan 10 saves bertemu Inter dan dia membantu skuadnya untuk seri. Masih hebat di usia 38 tahun dan boleh bermain di 5 liga utama Eropah. Saya rasa kita akan masih lihat dia di Piala Dunia 2026 nanti.”

“Aksi penyelamatan yang sungguh dahsyat dari Ochoa. Sekali lagi dia buktikan yang dia berhak dianggap sebagai antara penjaga gol terhebat sepanjang zaman.”

“10 saves dari Ochoa ketika bertemu Inter. Dia bawa persembahan dia di Piala Dunia ke Serie A.”

“Boleh tak sesiapa beritahu Ochoa yang dia sekarang bukan bermain di Piala Dunia, saya penyokong Inter dan saya bingung bagaimana kami mahu menjaringkan gol kalau dia bermain seperti ini.”

“Salernitana berjaya melakukan pembelian terbaik pada jendela perpindahan Januari lalu. Ini adalah buktinya.”

Pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi sendiri turut sedar akan kehebatan penjaga gol berusia 37 tahun itu dengan beliau turut menghamburkan pujian menggunung kepada Guillermo Ochoa selepas tamat perlawanan tersebut.

“Saya perlu tonton perlawanan itu semula, tapi kami sudah melakukan yang terbaik dan bermain dengan sangat baik.”

Jelas Inzaghi.

“Bola Lukaku kena palang, De Vrij ada kesempatan dan Ochao membuat aksi-aksi penyelamatan yang menakjubkan.”

Salernitana kini sedang berada di kedudukan ke-15 dalam carta saingan Serie A dengan mereka berjaya mengumpul 29 mata dari 29 perlawanan.

Mereka kini hanya 10 mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran dan jelas sekali para peminat berharap Ochoa akan terus pamer aksi persembahan terbaiknya agar mereka tidak tersingkir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN